Selasa, 27 Julai 2010

Bantuan khas Selangor ke Gaza Ramadhan ini

Harakahdaily

SHAH ALAM- Kerajaan Negeri Selangor akan menyediakan peruntukan khas untuk membangunkan dan membantu rakyat Palestin di Gaza.

Antaranya kerajaan negeri melancarkan Tabung Amanah Ramadhan di Gaza atas nama kemanusiaan, kebebasan dan keadilan sejagat.

"Peruntukan khas akan disediakan untuk membantu rakyat di Palestin," kata Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Sehubungan itu juga, seramai 40 delegasi terdiri daripada aktivis kemanusiaan, pasukan perubatan dari Selangor akan berlepas ke negara Timur Tengah itu 6 Ogos ini.

Menteri Besar juga turut melancarkan Tabung Amanah Ramadhan di Gaza yang diadakan di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC) di sini, pagi ini.

Sebelum itu Menteri Besar turut menyampaikan rumusan pada Dialog Bajet 2011 di sini antara lain menyentuh mengenai perancangan tiga tahun untuk memajukan ekonomi negeri di bawah konsep "Merakyatkan Ekonomi Selangor".

Empat bidang yang menjadi tumpuan ialah ialah perumahan dan kerajaan tempatan, kemiskinan dan kebajikan, pelaburan dan menjana hasil baru, untuk kesejahteraan rakyat negeri berkenaan.

Tiada ulasan: