Rabu, 7 Julai 2010

Banci Penduduk 2010 Bermula Hari Ini

TV SELANGOR

Bancian Penduduk dan Perumahan Malaysia (BPPM) kelima yang bermula hari ini berfungsi penting dalam mengenal pasti 40 peratus atau 2.4 juta isi rumah berpendapatan paling rendah di seluruh negara, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Nor Mohamed Yakcop.

Katanya data-data yang dikumpul melalui banci ini akan digunakan untuk merangka dan melaksanakan dasar-dasar untuk memperkasa serta meningkatkan status ekonomi dan kualiti hidup golongan ini.

"Pertama sekali, kita perlu mengenal pasti mereka, siapakah mereka dan di manakah mereka berada. Selepas itu barulah kita adakan program yang bersesuaian dengan mereka," kataya pada sidang akhbar selepas melancarkan BPPM 2010 hari ini.

Bancian kali ini akan berlangsung selama enam minggu sehingga 22 Ogos. Ia melibatkan kos sebanyak RM200 juta dan tenaga kerja 29,000 orang.

Tiada ulasan: