Rabu, 7 Julai 2010

Ahli Perkasa Meningkat Setiap Hari


ibrahim_Ali_new Di sekitar lobi Parlimen

Oleh Muda Mohd Noor

KUALA LUMPUR: Tokoh kontroversial Datuk Ibrahim Ali mendakwa Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) kini mempunyai ahli seramai 200,000 orang di seluruh negara.

“Keahlian Perkasa meningkat setiap hari…borang nak jadi ahli datang setiap masa. Memang keahliannya meningkat mendadak, tetapi saya tidak mahu tetapkan matlamat berapa banyak yang kita nak," katanya ketika ditemui di lobi parlimen hari ini.

Menurutnya, dengan jumlah ahli yang besar ini, ia boleh jadi penentu kemenangan parti yang bertanding dalam pilihan raya umum akan datang. Undi ahli dan penyokong Perkasa penting di kawasan yang menang undi kecil.

“Perkasa bukan entiti politik tetapi boleh memberi impak besar kepada politik negara. Perkasa akan terus kekal sebagai badan bukan kerajaan (NGO) dan tidak berminat menjadi parti politik.

Ibrahim yang juga ahli parlimen bebas Pasir Mas menjelaskan beliau bukan anti kaum Cina dan MCA atau pemimpin parti itu.

Bagaimanapun katanya, beliau marah dengan seorang dua pemimpin MCA yang bermulut celupar dengan mempersoalkan hak orang Melayu.

“Jika saya tidak menegur, mereka semakin berani dan jadi melarat,” katanya.

Ibrahim berkata, sepanjang 30 tahun berpolitik beliau tidak pernah memulakan kekecohan dengan pihak lain.

Menurutnya, setakat ini Perkasa belum memutuskan sama ada ahlinya akan mengundi calon MCA.

“Kita akan putuskan nanti bila tiba masanya, Perkasa akan adakan mesyuarat mengenai hal ini,” katanya.

Tiada ulasan: