Selasa, 20 Julai 2010

AG digesa jawab laporan J/K parlimen

MALAYSIA KINI


Peguam Negara digesa menjawab laporan Jawatankuasa Khas Parlimen Mengenai Rasuah (SCC) bahawa timbalan pendakwaraya (DPP) yang ditempatkan di Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hanya boleh membuat keputusan dalam siasatan kes-kes biasa sahaja, manakala kes-kes sensitif dan berprofail tinggi, perlu dirujukkan kepada Pejabat Peguam Negara.

Gesaan itu dibuat oleh pengerusi biro nasional perundangan DAP, Gobind Deo yang juga ahli parlimen Puchong.

Dalam satu kenyataan hari ini, beliau berkata, kuasa pendakwaan terletak di tangan Peguam Negara mengikut Artikel 145 Perlembagaan Persekutuan.

Menurutnya, kuasa tersebut adalah mutlak dan oleh itu, adalah tersangat penting ia dilaksanakan secara terbuka, telus dan tidak meragukan.

Daripada laporan SCC, tambahnya, terdapat peraturan berlainan digunakan untuk 'kes-kes biasa rasuah' dan 'kes sensitif dan berprofail tinggi'.

"Rasuah adalah rasuah. Tiada perbezaannya sama ada ia kes biasa atau kes sensitif atau berprofail tinggi.

"Tindakan mesti diambil terhadap semua kes-kes di mana siasatan mendapati ada bukti berlaku amalan rasuah," katanya.

Oleh i
tu, tegas Gobind, tidak boleh ada dua set undang-undang atau pertimbangan untuk kes-kes yang berbeza.

Laporan SCC juga, katanya menyebut bahawa kebebasan SPRM hanya dilihat pada kuasanya untuk menjalankan siasatan dan tiada kuasa untuk mendakwa.

Menurut Gobind, ia satu perkara yang serius kerana ia memberi tanggapan bahawa terdapat kes-kes di mana siasatan mendedahkan berlaku amalan rasuah tetapi tiada pendakwaan dibuat.

Jika itulah yang berlaku, maka ahli parlimen Puchong itu ingin mengapa ianya boleh berlaku sedemikian.

S
CC juga, tegasnya, mahu kuasa mendakwa SPRM, bebas daripada Peguam Negara.

Sehubungan itu, Gobind menggesa Peguam Negara supaya menjelaskan perkara itu kerana ia mempunyai kepentingan umum.

Beliau juga ingin tahu bagaimanapun hubungan antara SPRM dengan Peguam Negara sekarang.

"Bolehkah kita menaruh harapan kepada Peguam Negara untuk komited sepenuhnya terhadap usaha memerangi rasuah, berdasarkan pemerhatian SCC dalam laporannya itu?

"Dan di tengah-tengah semua ini, mengapa Peguam Negara sendiri berdiam diri?" soalnya lagi.

Tiada ulasan: