Jumaat, 23 Julai 2010

5.02 kg. syabu bernilai RM1.2 juta dirampas

YULPISMAN ASLI

KOTA BHARU – Kastam Diraja Malaysia (KDRM) negeri menggagalkan cubaan seorang jurutera perisian warga India untuk menyeludup 5.02 kilogram (kg) dadah disyaki syabu bernilai RM1.2 juta ke negeri ini, semalam.

Dadah tersebut telah disembunyikan dalam dua buah periuk masak yang dipenuhi dengan sejenis makanan India, dalam bagasi milik lelaki berusia 26 tahun itu.

Pengarah KDRM negeri, Salleh Mohamed berkata, rampasan terbesar pada tahun ini itu, dibuat setelah seorang pegawainya menjalankan pemeriksaan ke atas bagasi milik suspek yang transit di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dari Banggalore, India dengan menaiki pesawat MAS.

“Pemeriksaan awal mendapati, kedua-dua periuk tersebut berisi penuh dengan sejenis makanan India.

“Bagaimanapun, setelah diperiksa dengan teliti di bahagian tepi dan bawah periuk itu, didapati berisi bungkusan plastik mengandungi kristal jernih disyaki syabu,” katanya kepada pemberita di sini hari ini. – Utusan

Tiada ulasan: