Selasa, 20 Julai 2010

400 peniaga internet dikena tindakan tidak daftar perniagaan

FREE MALAYSIA TODAY

internet_1 GEORGE TOWN: Empat ratus orang yang menjalankan poerniagaan secara internet tetapi tidak mendaftar dengan suruhanjaya syarikat Malaysia (SSM) dikenakan dalam tempoh dua tahun lalu.

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Rohani Abdul Karim berkata kesemua mereka dihadapkan ke mahkamah mengikut Seksyen 12 (1)(a) Akta Pendaftaran Perniagaan 1956 (Pindaan 2001) yang membawa hukuman denda tidak lebih RM50,000 atau penjara tidak lebih dua tahun.

Katanya, orang perseorangan dan syarikat yang menjalankan perniagaan menggunakan internet smesti mendaftarkan perniagaan mereka.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan majlis dialog amalan
perniagaan beretika zon Utara, di sini hari ini.

"Tindakan itu bertujuan melindungi pengguna daripada unsur penipuan selain memastikan peniaga mematuhi etika perniagaan.

Rohani berkata, kerajaan juga menerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia sentiasa memantau laman web yang menjalankan perniagaan bagi mengesan pihak yang
gagal mendaftarkan perniagaan mereka.

"Kita mahu ahli perniagaan mempunyai kesedaran bahawa mereka mempunyai tanggungjawab dan kod etika yang harus dipatuhi supaya pengguna tidak menjadi mangsa penipuan," katanya.

Tiada ulasan: