Ahad, 11 Julai 2010

15 pendatang asing ditahan di kondominium Pulau Tikus

BERNAMA


GEORGETOWN: Lima belas pendatang tanpa izin ditahan dalam operasi polis di Kondominium Midland, Pulau Tikus di sini hari ini.

Mereka yang ditahan dalam "Ops Rantau" itu terdiri daripada 10 rakyat Bangladesh, tiga Nepal, seorang China dan seorang wanita Vietnam.

Ketua Jabatan Trafik dan Ketenteraman Awam Pulau Pinang, Supt Wan Aziz Wan Husin, berkata mereka ditahan kerana tidak mempunyai dokumen pengenalan diri dan pasport tamat tempoh.

"Semua mereka yang berumur dalam lingkungan 20-an hingga 40-an itu dipercayai bekerja di sekitar George Town," katanya kepada pemberita di sini.

Beliau berkata, operasi yang turut disertai Jabatan Imigresen dibuat hasil aduan orang awam mengenai kebanjiran rakyat asing di kawasan perumahan itu.

"Seramai 70 pendatang asing terdiri daripada warga Myanmar, Nepal, China, Thailand, Sri Lanka, Bangladesh dan Indonesia diperiksa," katanya.

Tiada ulasan: