Selasa, 22 Jun 2010

Tiada caj untuk ajar guna Kifalah

Wartawan Kita


KOTA BHARU: Kerajaan negeri Kelantan tidak akan mengenakan sebarang caj kepada mana-mana pihak yang mahu menggunapakai sistem Takaful Kifalah yang dipelopori sejak 2005.

Pengerusi jawatankuasa perancangan ekonomi, kewangan dan kebajikan, Datuk Husam Musa berkata sehingga ini Kelantan telah membantu negeri-negeri yang diperintah Pakatan Rakyat (PR) mewujudkan skim yang sama sebagaimana dilakukan di Kelantan.

"Kita sedia untuk memberikan khidmat perundingan percuma kepada mana-mana pihak yang ingin bersama-sama memberikan khidmat kebajiakn kepada rakyat khusunya warga emas," kata beliau ketika menjawab soalan Ustaz Hasan Mahmood (PAS - Tawang) dalam persidangan dewan undangan negeri pagi ini.

Menurut Husam, sejak mentadbir Kelantan bermula 1990, kerajaan pimpinan Tuan Guru Nik Abdul Aziz telah memperkenalkan pelbagai skim untuk kebajikan rakyat.

Pelbagai pembaharuan yang dilakukan untuk memperkasa wanita, orang kurang upaya dan golongan miskin menurut beliau telah menjadikan pelbagai produk yang diperkenalkan Kelantan mahu dijadikan ikutan pelbagai pihak.

Kifalah menurut beliau telah mula diperkenalkan sejak 2004 dan kini telah memberi manfaat kepada beribu-ribu rakyat Kelantan yang kematian ibu bapa mereka yang berstatus warga emas.

Menjawab soalan tambahan, Husam bagaimanapun berkata mereka yang ingin mendapat manfaat dari skim ini perlu mendaftar kerana pihak kerajaan menguruskan skim ini dengan syarikat takaful bertauliah dan memerlukan sistem penguran yang sistematik.

Tiada ulasan: