Khamis, 17 Jun 2010

Sultan Brunei cerai Azrinaz talak satu



Sultan Hassanal Bolkiah bersama permaisurinya, Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha (tengah) dan Azrinaz Mazhar Hakim pada majlis perkahwinan Puteri Majeedah Nuurul Bulqiah dan Pengiran Khairul Khalil di Istana Nurul Iman, Brunei pada 10 Jun 2007. Puteri Majeedah ialah anakanda Sultan Hassanal Bolkiah bersama Raja Saleha. – REUTERS

UTUSAN ONLINE

KUALA LUMPUR – Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah hari ini menceraikan isteri baginda, Pengiran Isteri Azrinaz Mazhar Hakim Mazhar dengan talak satu.

Pengumuman khas itu dibuat oleh Pengiran Penggawa Laila Bentara Istiadat Diraja Dalam Istana, Pengiran Alaudin Pengiran Paduka Abu Bakar menerusi slot berita Radio Televisyen Brunei (RTB) dan turut dimuatkan dalam laman web stesen tersebut.

Dalam kenyataan satu muka surat yang dibacakan itu dan turut diedarkan kepada media Brunei menyebut baginda menceraikan bekas personaliti TV3 itu atas sebab-sebab khas.

“(Ia) dipandu dan ditentukan oleh hukum syarak dalam perkahwinan dan perceraian dan juga menepati maksud ayat suci al Quran surah Al-Baqarah daripada sebahagian ayat 229, iaitu menikahi dengan baik (maaruf) dan melepaskan juga dengan baik (ihsan),” menurut kenyataan itu.


Teks perisytiharan perceraian antara Sultan Hassanal Bolkiah dengan Azrinaz Mazhar Hakim.

Tiada ulasan: