Isnin, 14 Jun 2010

SPRM siasat pengubahan wang haram di Sabah

Joe Fernandez

Sumber-sumber berkata seorang peguam terkemuka di Kota Kinabalu telah ditahan oleh pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dari Putrajaya.SPRM difahamkan sedang melancarkan operasi untuk mengesan skim pengubahan wang haram yang berjumlah jutaan ringgit yang membabitkan membabitkan tokoh politik-perniagaan di Sabah.

Sumber-sumber yang mengetahui mengesahkan bahawa seorang peguam kanan di Kota Kinabalu ditahan empat hari lalu oleh pegawai SPRM dari Putrajaya.

Pada malam khamis pula, menurut sumber-sumber lain, lima orang lagi ditahan di Kota Kinabalu.

Mereka termasuk dua akauntan, seorang daripadanya wanita muda. Kelima-limanya - dari dua firma yang ada urusan dengan peguam kanan berkenaan - telah dibawa ke Putrajaya untuk disoalsiasat.

Menurut sumber-sumber, peguam kanan itu berada di Australia dan Singapura dan kembali ke Kota Kinabalu melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) tanpa disedari pegawai SPRM yang mencarinya di lapangan terbang tersebut.

Berikutan itu, SPRM bergegas ke Sabah untuk menjejakinya. Sumber-sumber SPRM di Kota Kinabalu, bagaimanapun, membisu tentang peguam kanan tersebut, yang dilaporkan mempunyai kaitan rapat dengan kerajaan negeri dan Umno Sabah.

Satu sumber di firmanya, selepas ditanya mengenai peguam kanan tersebut, cuba menghubunginya melalui telefon, dan kemudiannya mengesahkan yang beliau "sedang berada di luar kawasan".

Sumber tersebut tidak dapat menyatakan bila peguam kanan itu akan pulang. Menurutnya, peguam tersebut tidak datang ke pejabat sejak hari Selasa.

Sumber itu bagaimanapun mengesahkan bahawa beberapa orang yang berpakaian berseragam mengunjungi pejabatnya pada hari Selasa, tapi dia tidak tahu apakah mereka dari SPRM.

Menurutnya lagi, dia tidak boleh menyatakan berapa lama mereka berada di situ dan sama ada mereka mengambil apa-apa bahan dari pejabat tersebut.

Sementara itu, setiausaha peguam tersebut mendakwa dia bercuti pada hari Selasa. Katanya, dia akan tahu sekiranya SPRM datang ke pejabatnya.

Dia juga tidak tahu apa-apa tentang fail yang diambil dari pejabatnya oleh SPRM. Katanya, semua failnya masih berada dengannya.

Setiausaha itu juga tidak dapat menyatakan bila bosnya akan balik bertugas dan enggan mendedahkan di mana peguam itu berada.

Sementara itu, sumber-sumber yang mengetahui di Kota Kinabalu, melaporkan bahawa SPRM turut menahan dua orang kontraktor balak di Sandakan pada hari Selasa dan membawa mereka dari Kota Kinabalu ke ke Putrajaya.

Dengan itu, enam orang - tidak termasuk peguam kanan tersebut - ditahan oleh SPRM Putrajaya.

Empat orang ditahan sekitar pertengahan bulan lalu dan turut dibawa ke Putrajaya.

Sumber-sumber mendakwa, sekurang-kurangnya dua daripada mereka telah dibawa ke Hong Kong berkaitan kes pengubahan wang haram di sana dan dijadualkan didengar sekitar bulan depan selepas banyak kali tertunda.

19 ulasan:

tombolo berkata...

dgr kabar ketua sindiket ini Michael Chia Tien Foh telah berjaya diberkas. harap kes ini akan selesai dgn segera.

Sanih Alias berkata...

harap kes ini tidak akan lama. semoga kes ini dapat deselesaikan dengan cepat. banyak lagi kes lain mahu diursukan jadi cepat2lah pihak berkuasa selesaikan kes ini.

Hamdan Hadillah berkata...

pihak berkuasa akan buat yang termampu untuk menagani kes pengubahan wang haram di sabah. maklumat yang diperolehi itu akan dapat membantu dengan lebih cepat kes ini di selesaikan.

Boten_Trish berkata...

Money laundering is serious. But I hope this will be done and get over with soon. Dragging this too long will only exhaust the time, funds and sources.

Unknown berkata...

masalah ini harus cepat siap. jangan sampai terlepas penjenayah pengubahan wang haram ini. tangkap mereka semua masukkan dalam lokap.

pagardawai berkata...

khabar-khabar angin dari sumber yang dianggap tidak sahih tidak boleh dipercayai.

pagardawai berkata...

sekarang ni terlalu banyak tiupan angin kencang yang tidak dinyatakan 'sumber' sahih??? wang haram atau fitnah?

Unknown berkata...

Money-laundering? Siapa sja yg dikaitkan dengan money-laundering akan disiasat dan jika didapati benar, maka segala asset dan harta akan dibekukan. This no joke man. However was accused of doing so, memang kena siasat kaw-kaw punya.

Tanpa Nama berkata...

ini merupakan satu kes yang berprofail tinggi kerana ia melibatkan golongan2 berpengaruh, SPRM kena bijak dalam menyiasat kes ini.

Sanih Alias berkata...

oleh itu, pastikan sumber itu betul2 sahih sebelum meyalahkan orang. betul tu, mesti siasat betul2 punya.

Hamdan Hadillah berkata...

bukti amat diperlukan dalam kes ini. tanpa bukti kita tidak ada hak untuk berbuat apa-apa. ini melibatkan orang yang berpengaruh, maka jangan kerana kes tanpa bukti menjejaskan kedudukan yang tidak bersalah.

Unknown berkata...

SPRM kena bertinadak profesional dalam menangani kes sebegini. kita boleh menuduh, tapi tanpa bukti yang kukuh kita tetap salah.

Ted Medresher berkata...

pihak SPRM perlu cekap mengendalikan kes ini agar tidak berlarutan lebih lama dan elakkan menyebelahi mana2 pihak.. good luck..

Ted Medresher berkata...

yang paling penting sekali, lindungi imej Malaysia kerana dunia mengikuti perkembangan kita. jika dunia mengaitkan kita dengan jenayah2 yang berkaitan dengan wang, pasti kita akan kehilangan pelabur. oleh itu, tunjukkan kecekapan kita dalam menangani kes2 seperti ini.

thinaj berkata...

This case has been dragged too long. Hopefully the SPRM will be able to solve this case as soon as possible.

Tanpa Nama berkata...

kes ini semakin rumit, harap SPRM dapat menyelesaikan kes ini dengan segera.

Unknown berkata...

betul..SPRM harus menyelesaikan kes ini dengan cepat. jang ditanguh lama2 lagi. jangan salahkan siapa2, cari dulu kebenarannya.

Sanih Alias berkata...

harap SPRM dapat mencari dalang sebenarnya. jgn cuma kabar angin itu untuk jadi bukti, tapi siasat betul2 kebenaranya.

Unknown berkata...

They really charge someone with money-laundering. Is Micheal Chia in Singapore now or in KL?

Wait, did I read the words "reliable sources"? How reliable is anyway? I thought i heard banshees screeching somewhere. Try and find out if it's really a reliable one and trusted in order not to waste time.