Jumaat, 4 Jun 2010

Selcat: Tiada elemen rasuah di Kumpulan Semesta



SHAH ALAM — Rumusan awal Selcat menunjukkan tiada unsur rasuah dalam syarikat pasir kerajaan negeri Selangor, Kumpulan Semesta Sdn Bhd, kata Pengerusinya Teng Chang Khim hari ini.

“Kami tidak melihat adanya apa-apa (unsur) rasuah selepas inkuiri selama tiga hari,” kata Teng kepada pemberita di sini.

Inkuiri ditangguhkan ke satu tarikh yang akan ditentukan kelak.

Bagaimanapun Teng berkata Selcat akan menyiasat dakwaan seorang kontraktor perlombongan pasir hari ini bahawa pengurus pemasaran Kumpulan Semesta meminta RM1 bagi setiap tan matrik pasir dikeluarkan daripadanya November lalu.

“Bukan kesemua kes yang kami terima itu rasuah,” kata Teng.

Tiada ulasan: