Isnin, 7 Jun 2010

Selcat Bantu Kerajaan Negeri Perbaiki Sistem Penyampaian

TV SELANGOR


Kerajaan Negeri Selangor menerima teguran dan kritikan Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan atau Selcat berhubung isu urustadbir Kumpulan Semesta Sdn Bhd.

Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata pihaknya akan memantau dan memperbaiki KKSB secara berterusan, walaupun Selcat belum mengemukakan penyata siasatan rasmi.

Tan Sri Khalid sebelum ini mengumumkan laporan audit KKSB menggesa langkah diambil bagi memperbaiki kelemahan dalam urusan tadbir syarikat itu.

Menteri Besar juga mengumumkan tindakan telah diambil keatas pegawai-pegawai KKSB yang tidak menjalankan tugas dengan berkesan.

“ya, kita akan menerima beberapa cadangan dan juga melihat semula, tapi saya rasa Selcat mungkin akan melihat lagi jika ada permintaan daripada masyarakat untuk menerangkan ada keadaan penyelewengan, jadi tujuan kita ialah untuk memantau perkara ini”, kata Khalid.

KKSB, syarikat yang terbabit dalam industri galian dan pasir adalah milik penuh Pemerbadanan Menteri Besar.

Ketika ditanya adakah MBI akan menstrukturkan semula Lembaga Pengarah KKSB, Tan Sri Khalid berkata ia bergantung kepada penemuan Selcat itu nanti.

Tiada ulasan: