Khamis, 17 Jun 2010

Sabtu saya akan umum – Abdul Taib

UTUSAN ONLINE

KUCHING – Ketua Menteri, Tan Sri Abdul Taib Mahmud memilih hari Sabtu untuk mengumumkan tarikh pilihan raya negeri Sarawak yang akan datang.

Bagaimanapun, beliau yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) negeri terus berteka-teki apabila enggan mendedahkan tarikh sebenar hari Sabtu yang dipilihnya untuk membuat pengumuman itu.

‘‘Saya memutuskan untuk mengumumkan tarikh pilihan raya negeri pada satu hari Sabtu. Saya tidak tahu sama ada Sabtu itu pada tahun ini atau tahun depan,” katanya selepas melancarkan Penjualan Bendera Pertama St. John Ambulance 2010 di pejabatnya di Wisma Bapa Malaysia di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diajukan soalan mengenai tarikh pilihan raya negeri akan datang.

Dalam perkembangan berlainan Abdul Taib memberitahu, rancangan untuk menjadikan Pusat Perubatan Antarabangsa Sarawak (SIMC) di Kota Samarahan sebagai hospital awam kedua di bandar raya ini masih berada di peringkat rundingan.

Katanya, buat masa ini masih belum dapat ditentukan sama ada SIMC yang merupakan pusat perubatan swasta akan dijadikan hospital awam kedua di negeri ini atau sebuah hospital awam baru akan dibina.

Tiada ulasan: