Rabu, 23 Jun 2010

Rakyat Sabah merempat di ibu negara

Christine Chan

Dianggarkan kira-kira 100,000 rakyat Sabah menetap di lembah Klang. Bagaimanapun kebanyakan golongan muda itu kini hidup merempat.

Menurut Hiew King Cheu (DAP-Kota Kinabalu), sesetengah rakyat Sabah itu tidak berpendidikan dan hidup mengemis bagi mendapatkan makanan di belakang restoran seperti KFC dan McDonald, manakala wanitanya ada yang terjebak dalam lembah pelacuran.

"Mereka ke mari dengan harapan mjencari pekerjaan. Bagaimanapun sesetengah mereka ditipu oleh agensi pekerjaan dan terbiar tanpa sebarang wang untuk pulang. Ada juga yang malu untuk pulang semula..

“Kerajaan Sabah cuba mengaturkan supaya sesetengah mereka dihantar pulang dengan membayar tambang penerbangan dan memberi merek wang saku, tetapi ini tidak membantu. Situasi semakin buruk apabila semakin ramai yang datang,” katanya.

Justeru, kata Hiew Pakatan Rakyat akan menganjurkan sebuah forum pada 4 Julai ini di Perpustakaan awam Petaling Jaya bagi menjemput rakyat Sabah datang dan meluahkan masalah mereka.

"Kami berharap ramai yang akan datang dan memberitahu kami masalah dan situasi sebenar mereka. Pemimpin utama Pakatan seperti Datuk Seri Anwar Ibrahim, Lim Kit Siang and Tan Sri Khalid Ibrahim akan juga datang bagi berjumpa dengan mereka.

"Kami melihat tindakan itu sebagai tanggungjawab Pakatan kerana Sabah adalah sebahagian daripada Malaysia dan menjadi tugas kita membantu mereka,” katanya.

Beliau juga mencadangkan sebuah jawatankuasa atau pertubuhan diadakan bagi membantu rakyat Sabah di Lembah Kelang dan juga seluruh semenanjung.

Kata Hiew, rakyat Sabah merantau mencari pekerjaan di semenanjung kerana kurangnya peluang pekerjaan di negeri itu.

"Gaji dan jawatan bagi golongan muda di Sabah, lazimnya dibolot oleh orang asing. Adalah lebih murah menggajikan pekerja asing di Sabah. Saya tidak menyalahkan majikan. Ada pendatang asing tanpa izin juga bekerja di sektor perladangan dan perkilangan.

“Kerajaan berjanji akan mewujudkan ribuan pekerjaan tetapi ia tidak berlaku. Ini adalah bukti kerajaan negeri gagal mencarikan pekerjaan untuk golongan muda di Sabah,” katanya.

12 ulasan:

tombolo berkata...

rakyat Sabah yang merempat ini perlu dibantu dengan segera, sediakan pekerjaan kepada mereka.

Lucas berkata...

Adehh actually byk peluang, tapi maybe orang2 yg merempat ni tdk nampak...

jsiput berkata...

Sabahans' hopes when down the drain when they were being scammed. Government should investigate and take immediate legal action against those employment scam agencies.

Tanpa Nama berkata...

sebenarnya byk kerja kat sabah ni, gaji pun tak juga rendah sgt, tak perlulah nak pergi jauh2 nak cari kerja, lihat ini pla yang jadi. bagaimanpun harap bantuan akan kepada mereka.

Unknown berkata...

ini bukan kerana kerajaan negeri gagal untuk mencarikan pekerjaan kepada belia di sabah. ini kerana orang sabah yang memilih pekerjaan, mahu gaji lebih, dan juga ada yang mahu merantau negeri orang.

Sanih Alias berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Hamdan Hadillah berkata...

pertolongan haruslah diderikan kepada mereka yang terpadaya oleh orang yang tidak bertanggungjawab ini. banyak peluang pekerjaan di sabah, tidak perlu untuk merantau ketempat orang sekiranya tidak ada saudara.

Ted Medresher berkata...

memang betul gaji di SM tinggi tapi kos hidup pun tinggi.. sebelum merantau siapkan dulu diri tu dari segi kemahiran, daya saing dan buat perancangan. dalam hal ini, bukan kerajaan yang patut dipersalahkan.

Ted Medresher berkata...

mana2 parti yang mahu membantu tu, buatlah dengan cara jujur dan ikhlas. tidak perlu kaitkan dengan kerajaan negeri. tindakan memburukkan kerajaan dengan isu ini hanya membantu membuka mata rakyat bahawa tujuan kamu membantu adalah untuk mengambil hati rakyat.

Ted Medresher berkata...

sektor perladangan yang luas di Sabah dan sektor perkilangan yang semakin berkembang memerlukan ramai tenaga kerja tempatan, namun disebabkan sambutan tidak menggalakkan dari rakyat tempatan telah memaksa majikan menggaji pekerja asing...

Tanpa Nama berkata...

pada masa kini, peluang pekerjaan di sabah semakin banyak, gaji yang ditawarkan tak juga rendah sangat, rakyt sabah tak perlulah nak pergi kat SM semata2 nak cari kerja. kat sini pun ada.

jack berkata...

peluang pekerjaan di sabah sebenarnya banyak dan akan bertambah sejajar dengan usaha2 kerajaan membangunkan negeri sabah..kerajaan negeri tidak seharusnya dipersalahkan sepenuhnya..faktor2 lain juga harus diambil kira sebelum membuat sebarang tuduhan kepada mana2 pihak berkenaan siapa yang patut dipersalahkan..