Isnin, 7 Jun 2010

Program Melayu Bangkit ; Mampat Tidak Pernah DiJemput


http://buletinonline.net/images/stories/berita26/Mampatbakarbendera%20041.jpgGertak Satu Badan ‘Haram’.

KUALA TERENGGANU
- Mampat dukacita sebagai rakyat negeri Terengganu, Gertak yang bukan satu badan berdaftar tetap mahu menganjurkan program ‘Melayu Bangkit’.
Pengerusinya, Mohd Fauzi Abu Samah menyifatkan Gertak juga gagal memahami sentimen dan realiti bahawa rakyat dinegeri ini bukan hanya orang-orang Melayu sahaja.
”Dalam maklumat kita, Gertak bukan satu badan yang berdaftar, ia satu badan yang ‘illegal’ (haram), kita mengharapkan (mereka) ikut peraturan,

”kita menghormati pihak polis (undang-undang), setelah kita berdaftar baulah kita menganjurkan program, tetapi Gertak hanya menggunakan ‘politik’,

”Kia harap, Gertak tidak menganjurkan program ‘Melayu Bangkit’,”katanya kepada pemberita selepas program membakar bendera Israel dan Amerika yang diadakan dihadapan Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin disini semalam.

Beliau juga mendedahkan, Gertak telah membuat satu pembohongan ‘yang besar’ apabila mendakwa badan itu telah menjemput Mampat untuk hadir ke program ‘Melayu Bangkit’.

Tegasnya, beliau tidak pernah dihubungi oleh Gertak, walaupun panggilan telefon sekalipun, tidak pernah diterimanya oelh mana-mana pihak yang dipanggil ‘Gertak’.

”Kita rasa kesal, dalam satu sidang akhbar, Pengerusi Gertak mengatakan dia telah menjemput Mampat, satu pembohongan yang paling besar,

”kita tidak pernah tahu program dia, tidak ada sebarang menyurat atau hubungan melalui telefon pun tidak ada,”tambahnya yang meminta Pengerusi Gertak perlu bertanggungjawab atas kenyataan yang dikeluarkan.

Beliau memberi ingatan supaya mana-mana pihak tidak mengambil ‘kesempatan’ menggunakan nama Mampat untuk tujuan yang tidak bertanggungjawab.

Tiada ulasan: