Jumaat, 4 Jun 2010

Persidangan: Pastikan negara bebas hagemoni Israel

Abdul Rahim Sabri

Persidangan Pelan Tindakan Keadilan dan Keamanan untuk Gaza pagi ini merumuskan lima resolusi, antaranya bagi mengheret Israel ke muka pengadilan antarabangsa.

Persidangan semua parti pembangkang serta 35 NGO Malaysia di ibu negara pagi tadi juga mendesak Israel membayar pampasan sepenuhnya kepada mangsa serangan ke atas flotila Mava Marvari Isnin lalu.

"Bahawa kami bersepakat Malaysia perlu memainkan peranan penting bagi memastikan hagemoni Israel dikekang dan negara tidak dimanipulasi oleh mana-mana kuasa yang mempunyai kaitan dengan Israel sama ada secara langsung atau tidak langsung," resolusi itu dipetik.

Persidangan dua jam bermula 11 pagi tadi yang turut menampilkan ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, juga merumuskan:

M
enguruk sekeras-kerasnya keganasan Israel ke atas aktivis misi keamanan berbilang warganegara.

Menuntut semua barangan bantuan kemanusiaan dipulangkan kembali kepada penganjur flotila Kebebasan sebagai hak yang mesti disampaikan kepada rakyat Palestin di Gaza.

Menuntut semua badan-badan antarabangsa memastikan agar kepungan terhadap Gaza yang dikenakan Israel dengan bantuan Mesit hendaklah ditarik balik.

Menyokong perjuangan rakyat Palestin sebagai perjuangan keadilan untuk mendapatkan hak yang sah yang perlu didokong oleh semua masyarakat dunia merentas bangsa dan agama.

Tiada ulasan: