Rabu, 23 Jun 2010

PERMOHONAN KERAKYATAN ‘MR UNDERWEAR’ DITOLAK!

Oleh: MOHD YATIM SUHAILI (sabahkini)



WALAUPUN ‘The Touchable Mr Underwear’, Michael Tien Foh yang selama ini berbangga dengan prinsip ‘Ada Wang Semua Boleh Jadi’ dan berjaya membeli Jabatan Perhutanan Sabah, Yayasan Sabah dan memilik peribadikan semua hutan simpan di Sabah; namun tidak mampu membeli kerakyatan Australia.

Laporan bertubi-tubi Sabahkini.net telah mensirnakan peluang Mr Underwear untuk menjadi ‘Warga Australia’ sebagaimana kejayaan yang ditempa oleh rakan subahatnya dalam Skandal Penggubahan Wang Haram dan Membiayai Keganasan, Ngui Ing Chuang dan Freddy Lim Nyuk Sang.

Menurut maklumat daripada koresponden Sabahkini.net di Melbourne, permohonan kewarganegaraan, termasuk taraf penduduk tetap ‘Mr Underwear’ sekeluarga telah ditolak oleh Kerajaan Australia kerana rekod buruk beliau dalam kes jenayah serantau terutama setelah kes penangkapan beliau di Hong Kong pada 14 Ogos 2008 disiarkan secara meluas di Australia.

Walaupun kedua anaknya, Chia Chee Chun dan Chia Chee Hung telah dipindahkan ke Melbourne dan bersekolah di sana, namun Kerajaan Australia tetap menolak permohonan ‘Mr Underwear’ dan isterinya Yap Loo Mein; sekalipun Ngui dan Freddy memberikan sokongan sepenuhnya.

Bagaimanapun Sabahkini.net masih menyiasat sama ada kesemua wangnya yang disimpan di Hong Kong dan Singapura yang bernilai lebih USD8 billion berjaya dipindahkan ke bank Australia atau tidak; belum dapat dikenalpasti ekoran penolakan kewarganegaraannya oleh Kerajaan Australia.

Sehingga kini, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) gagal membekukan sebarang harta ‘Mr Underwear’ yang disimpan di dalam dan di luar negara, sekalipun Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Hong Kong (ICAC) berjaya membekukan sejumlah USD137 juta daripada $16 juta dollar Singapura yang dirampas daripada ‘Mr Underwear’ ketika cuba menyeludup keluar wang tersebut melalui Lapangan Terbang Chek Lap Kok, Hong Kong pada 14 Ogos 2008.

Kejayaan ICAC ini amat memalukan SPRM yang tidak dapat menyentuh walau ‘satu sen dibelah tujuh’ wang dan harta ‘Mr Underwear’ kerana budaya kerja ICAC begitu mengkagumkan apabila dapat mengesan kegiatan ‘Mr Underwear’ menyerbu semua ‘Money Changer’ untuk membeli wang kertas dominasi $10,000 dollar Singapura kerana kecanggihan rangkaian pengawasan sehingga berjaya menangkap ‘Mr Underwear’ bersama $16 juta dollar dalam ‘briefcase’ Louis Vutton kesukaannya.

Dalam pada itu, SPRM telah mengeluarkan waran tangkap terhadap Gundik ‘Mr Underwear’, Yap Siaw Lin @ Kiki ‘Chicken’ Yap yang kini dipercayai masih bersembunyi di sebuah rumah mewah di Toulouse, Peranchis.

SPRM turut menangkap semula Andrew Lim Nyuk Foh yang dibebaskan sebelum ini dan dikehendaki melapor diri setiap hari di Ibu Pejabat SPRM kerana SPRM tidak berpuas hati dengan keterangan yang diberikan; apatah lagi jet yang didaftarkan atas namanya digunakan untuk menyeludup keluar ‘Mr Underwear’ ke Hong Kong sebelum dipintas jet pejuang TUDM dan dipaksa mendarat di KLIA.

Sementara itu, Krew Sabahkini.net di Sandakan berjaya merakam perbualan bapa ‘Mr Underwear’, Chia Nyet Min (pelat Cina) dengan seorang rakannya seperti berikut;

“Lulu waktu tok mat, maika piala natuk abu tilus naik no.1. Sudah bilanja 20-30m. tak tau apa hal sikalang dia kena tangkap. Tak patutlah. Haiya simua mau lui lah. kasih banyiak takut. Dapat banyiak lui. Nanti lu tengok simua tak ala hal..lui punya hal lah. Lu olang tiak tau politik”.


Tiada ulasan: