Selasa, 8 Jun 2010

PEMIMPIN BN NEGERI JADI DALANG SEBENAR?





Oleh: SUNARNO WIRO

KERAJAAN BN menerima satu lagi rungutan rakyat akar umbi, tetapi kali ini datangnya daripada golongan usahawan iaitu seorang kontraktor bumiputra Tenom, Mansinau Pangawai, 51, yang mempersoalkan motif sebenar tujuan kerajaan negeri tidak melaksanakan pembangunan di bawah kelolaan Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW).

Tegasnya lagi, sedangkan peruntukan untuk projek luar bandar, beliau difahamkan sudah ada, tetapi kerajaan masih menahan peruntukan tersebut untuk dilaksanakan bagi membiayai projek-projek kawasan luar Bandar, terutamanya di kawasan pedalaman.

“Kami amat tertekan dengan keadaan ini, seolah-olah semacam ada sesuatu yang tidak kena dengan kepimpinan BN sejak akhir-akhir ini. Sepatutnya mereka ketepikan dulu soal peribadi, malah dahulukan rakyat kerana prestasi pemimpin dan kerajaan diutamakan dalam membangun negara ini,” tegas beliau.

Akibat dari gelagat mereka itu, tambah Mansinau, selain rakyat yang dahagakan pembangunan telah menjadi mangsa; malah usahawan bumiputra yang dicetuskan kerajaan BN sebelum ini, konon untuk merebut peluang projek pembangunan luar bandar kemungkinan akan gulung tikar dan kembali kepada situasi asal.

“Bayangkanlah, kami sudah 6 bulan tidak ada kerja kontrak. Kami juga tertekan dengan bayaran pekerja pejabat, sewa pejabat, air dan api elektrik, lagi-lagi gelagat dan karenah hipokrit pemimpin tidak berubah, menambahkan lagi penderitaan kami,” tegas Mansinau yang kesal dengan keadaan itu.

Selain masalah pejabat, kata Mansinau, pihaknya juga terpaksa menanggung bayaran ansuran bulanan di bank untuk pinjaman kenderaan seperti lori pengangkutan barang, mesin jentolak; kerana kesemuanya diperolehi melalui pinjaman bank, sedangkan tidak ada satupun kontrak yang mereka perolehi.

Dalam pada itu, Mansinau turut mencadangkan agar peruntukkan untuk pembiayaan sesuatu projek luar bandar tidak perlu disalurkan menerusi Pejabat Daerah sebaliknya ada baik jika ia disalurkan terus kepada pelaksana (kontraktor yang dilantik).

Tambahnya, sistem sebegini rupa adalah lebih baik untuk mengelakkan ia berlaku suatu birokrasi yang agak keterlaluan dan seterusnya melambat lambatkan proses pelaksanaannya, yang mengakibatkan rakyat di kawasan akar umbi akan menyalahkan pemimpin BN di sesuatu kawasan.

7 ulasan:

jack berkata...

kerajaan negeri bukannya mengetepikan kepentingan rakyat...pasti ada penjelasan berkenaan hal ini...diharap peruntukan pembanguan disalurkan secepat mungkin terutama sekali di kawasan pedalaman...

tombolo berkata...

adalah alasan tersendiri perkara ini terjadi, bagaimanapun kerajaan perlu utamanakan pembangunan rakyat terutamanya diluar bandar

Lucas berkata...

Kontraktor perlu untuk tidak hanya mengharapkan kontrak kerajaan untuk terus survive...mereka perlu ambil initiatif untuk mencari peluang lain, contohnya apply tender kontrak daripada pihak2 swasta...ini kerana terdapat byk kontraktor diluar sana yg bersaing & berlumba2 utk mendapatkan kontrak...

somboi berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
somboi berkata...

ya.. mesti ada sebab tersendiri berkenaan hal ini. kontraktor tersebut janganlah terlalu mnegharapkan tender projek dari kerajaan sahaja, mereka perlu cari alternatif sendiri untuk mendapatkan projek-projek jika nak terus kukuh.

khalid berkata...

Saya berharap perkara ini di beri perhatian oleh kerajaan

khalid berkata...

Kerajaan perlu melaksanakan pembangunan di bawah kelolaan Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW. ini kerana pembangunan terutamanya di kawasan luar bandar sangat diperlukan.