Isnin, 14 Jun 2010

Parlimen baru di Putrajaya tidak diperlukan, Chua Soi Lek

MERDEKA REVIEW



Presiden MCA Chua Soi Lek menganggap Malaysia tidak perlu membina bangunan baru untuk menggantikan parlimen yang sedia ada. Beliau berkata, sebagai sebuah institusi, bangunan parlimen yang ada sekarang dibina pada tahun 1962, merupakan lambang bangunan Malaysia yang paling awal.

"Bangunan yang sedia ada harus dikekalkan. Ia bukan sahaja sebuah bangunan bersejarah, malah satu tempat berkumpulnya ahli parlimen dan menjadi kebanggaan kita," katanya.

Chua Soi Lek bertanggapan bahawa pembinaan sebuah bangunan parlimen baru yang bernilai RM800 juta adalah tidak memerlukan pada peringkat ini. Sementara kerajaan menggesa rakyat agar mengurangkan perbelanjaan dan mengamalkan belanjawan yang seimbang, adalah lebih baik dana awam digunakan ke atas projek yang memanfaatkan rakyat, daripada projek yang tidak realistik.

Beliau menggesa agar kerajaan mempertimbangkan semula projek ini, malah menyenaraikannya sebagai projek yang selektif. Chua Soi Lek (gambar kiri) berkata, "Kami memahami bahawa pertimbangan kerajaan untuk memindahkan parlimen ke Putrajaya adalah berasaskan kemudahan untuk ahli kabinet dan pegawai kerajaaan."

"Secara perbandingan, dewan perundangan Westminster di United Kingdom juga terletak di kawasan yang penuh sesak, tetapi kesemua ahli parlimen memanfaatkan sepenuhnya kelebihan geografi dan fungsinya. Selain itu, bangunan parlimen sedia ada di Malaysia telah diubahsuai, amat selesa untuk digunakan. Jadi, tidak perlu untuk membina sebuah parlimen baru di Putrajaya."

*Kenyataan media Chua Soi Lek selaku Presiden MCA, diterjemah dari versi bahasa Cina.

Tiada ulasan: