Jumaat, 4 Jun 2010

Pakatan Rakyat, NGO Capai Resolusi, Desak Obama Beri Tekanan Kepada Israel

TV SELANGOR

Rundingan Meja Bulat Keadilan dan Keamanan Untuk Gaza mencapai resolusi bersama antara badan bukan kerajaan (NGO) dan Pakatan Rakyat dalam mengutuk serangan tentera Israel ke atas kapal aktivis Freedom Flotila.

Dipengerusikan Datuk Seri Anwar Ibrahim, rundingan itu turut dihadiri Presiden Parti Keadilan Rakyat, Datin Seri Wan Azizah Ismail; Timbalan Presiden PAS, Nasaruddin Mat Isa dan Penasihat DAP, Lim Kit Siang serta wakil rakyat lain.

Sebanyak 35 NGO terlibat dalam rundingan meja bulat ini, antaranya ialah Mapim, Tenaganita, Jemaah Islah Malaysia (JIM), Teras, lifeline4gaza, Mafrel, Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) dan Gamis.

Pada rundingan di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru kira-kira jam 10.30 pagi, satu draf memorandum bagi menuntut campur tangan Amerika Syarikat melalui Barack Obama bagi memberi tekanan kepada Israel.

Tiada ulasan: