Khamis, 17 Jun 2010

NUBE bimbang tentang kesan penggabungan Hong Leong-EON Bank

BERNAMA


739f589d989a0929e087bf7821500fc9 KUALA LUMPUR: Kesatuan Kebangsaan Pekerja-Pekerja Bank (NUBE) bimbang tentang kesan negatif penggabungan Hong Leong Bank Bhd (HLBB) dan EON Bank terhadap pekerja kedua-dua bank.

Ketua Setiausahanya, J Solomon, berkata NUBE kecewa bahawa Bank Negara tidak merujuk kepada kesatuan itu kerana pekerja-pekerja perkeranian dan bukan perkeranian, yang merupakan anggota kesatuan, akan menerima kesan langsung akibat kehilangan pekerjaan.

"Ketiadaan rundingan dengan NUBE mengenai penggabungan ini menimbulkan keresahan di kalangan anggota dan menimbulkan syak wasangka tentang kesan negatif yang akan diterima oleh pekerja akibat penggabungan ini.

"Kami juga risau kenapa rundingan ini berlaku apabila kedua-dua HLBB dan EON Bank menunjukkan prestasi yang baik," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Solomon juga berkata NUBE telah menulis kepada Bank Negara Malaysia dan Kementerian Kewangan meminta kesatuan itu turut dibawa berbincang dalam rundingan masa hadapan bagi mengelakkan apa-apa spekulasi tentang hal ehwal anggotanya, dan jika ini tidak berlaku, kesatuan itu akan membantah penggabungan itu sekeras-kerasnya.


Tiada ulasan: