Selasa, 1 Jun 2010

Laman web muktamar dilancar

Rusli Yasmin


KUALA LUMPUR: Jawatankuasa Panitia Muktamar PAS ke-56 dengan kerjasama Jabatan IT PAS Pusat (JITP) telah melancarkan laman web khusus muktamar di pejabat agung, semalam.

Pelancaran telah disempurnakan oleh Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali bersempena dengan Mesyuarat Majlis Setiausaha (MSU) PAS.

Menurut Pengarah Jawatankuasa Panitia Induk Muktamar PAS ke-56, Datuk Takiyuddin Hassan, laman web itu akan memudahkan ahli-ahli, penyokong-penyokong PAS dan rakyat Malaysia mengikuti perkembangan muktamar PAS yang akan berlangsung pada 9 hingga 13 Jun nanti.

Laman web itu juga menjadi sumber rasmi parti dalam muktamar tersebut.

Kandungan laman web boleh diakses di alamat http://muktamar56.pas.org.my meliputi aturcara, jawatankuasa, berita-berita berkaitan muktamar, koleksi video dan album muktamar sebelum ini.

Tiada ulasan: