Khamis, 3 Jun 2010

KPDNKK DIGESA PANTAU HARGA GULA DI SANDAKAN

PANTAU…..Ali meminta kementerian berkenaan memantau peniaga kedai-kedai runcit yang menaikkan harga gula RM2.00 sesuka hati dan menyorok gula.

Oleh: MASTOPO SUMARJO


BEKALAN gula di daerah Sandakan memang mencukupi untuk menampung keperluan pengguna di sini, tetapi terdapat sebahagian peniaga kedai runcit menyorok gula-gula tersebut.

Sebahagian peniaga hanya membenarkan pelanggannya membeli dua kilogram dengan alasan mereka tidak mempunyai stok gula yang mencukupi; namun amalan ini tidak melibatkan pusat-pusat membeli belah (supermarket), sebaliknya hanya melibatkan peniaga-peniaga kedai runcit di kawasan lingkungan enam kilometer daripada bandar.

Aktvis Pengguna Sandakan, Ali Ahmad mendakwa ekoran daripada kononnya kekurangan bekalan gula, para peniaga kedai runcit telah mengambil kesempatan menaikan harga gula daripada harga asal RM 1.80 sekilogram kepada RM2.00.

Kata Ali, orang ramai yang ingin mendapatkan bekalan gula mereka terpaksa membelinya walaupun dengan harga sedemikian.

“Saya dengan ini merayu para peniaga kedai-kedai runcit agar hentikan perbuatan tersebut dan para pegawai KPDNKK agar mengadakan pemantauan segera dan mengenakan hukuman yang setimpal dengan kesalahan mereka (peniaga),” rayu Ali yang kecewa dengan sikap peniaga yang mahu mencari keuntungan lebih tanpa memikirkan implikasinya.

Yang menghairannya kata Ali, para peniaga di kawasan Beluran dan Kinabatangan menjual gula mengikut kadar yang ditetapkan kerajaan iaitu RM1.85 sekilogram sedangkan lokasinya berpuluh-puluh batu jauhnya daripada bandar.

16 ulasan:

jack berkata...

diharap perkara ini disiasat dengan segera oleh pihak berwajib..kegiatan menyorok barangan kawalan seperti gula adalah satu kesalahan...mereka yang didapati harus dikenakan tindakan yang sewajarnya...

somboi berkata...

sikap peniaga yang menyorok dan menaikkan harga gula sesuka hati ini adalah satu kesalahan. pihak berkuasa harus menyiasat perkara ini dan mengambil tindakan terhadap peniaga yang terbabit.

2718 berkata...

tindakan sesetengah peniaga kedai runcit ini sangat mengecewakan. kalau beginilah sikap peniaga, rakyat akan lebih terbeban. diharapkan pegawai2 KPDN memantau kegiatan ini dan mengambil tindakan kepada mereka yang sengaja mengaut keuntungan lebih.

2718 berkata...

bukan hanya di sandakan, ditempat2 lain juga perlu dipantau. mungkin masih ramai peniaga yang mengambil kesempatan ini. rakyat perlu berani melaporkan sebarang tindakan peniaga yang sengaja mengaut keuntungan.

langsat berkata...

memang patut pihak KPDNKK harus membuat pemantauan terhadap harga gula yang sengaja dinaikkan oleh sebilangan peniaga, dan harus mengenakan tindakan yang sewajarnya kerana kegiatan ini sudah lama dilakukan.

langsat berkata...

Harga gula yang sengaja dinaikkan oleh sebilangan peniaga menyebabkan pelbagai jenis makanan juga turut dinaikkan, walaupun hanya RM0.20 tetapi ia sangat memberi kesan kepada pengguna terutamanya yang menjalankan perniagaan secara kecil-kecilan seperti menjual kuih-muih dan sebagainya. Harga barangan makanan yang dijual juga tidak menentu. Diharapkan pihak2 tertentu dapat menyasat perkara ini dengan segera.

POP berkata...

Penjual mungkin menyorok barangan stok gula....mereka mungkin jangka harga masa depan akan naik lagi. Memang perlu disiasat tentang hal ini..

Paquin berkata...

Memang patut pun hal ni disiasat. Saya pun hairan mcm mana sandakan boleh kurang gula..
Kakak saya yg tinggal di sandakan pun minta kirim gula dua kilo dari KK.. heehehe, kesian ka :P

Paquin berkata...

Ya jack... kenakan tindakan yang setimpal supaya jadi pengajaran. Ada juga manusia yang hanya tahu fikirkan kepentingan diri sendiri oo.. huhuuhuh

Paquin berkata...

Apapun bagi saya pemantauan seharusnya dibuat bukan saja di sandakan tetapi juga seluruh kawasan sabah supaya tidak ada peniaga @ penyorok gula terlepas...

Paquin berkata...

Betul drupia. Gara2 gula dinaikkan sesuka hati, pengguna bukan saja berdepan dgn masalah kekurangan gula, mahal malah barangan makanan lain turut naik..
Kalau hal ni berterusan, teruklah. So harap2 KPDNKK akan ambil tindakan serta merta.

langsat berkata...

Pemantauan yang perlu dijalankan bukan sahaja di sekitar bandar sandakan tapi juga di bahagian pedalaman. Kenaikkan harga gula ini sebenernya sudah berlaku sekian lamanya malah pelbagai barangan makanan lain juga turut dinaikkan daripada harga yang ditetapkan. Ia mungkin disebabkan kos pengangkutan yang agak mahal. Oleh itu diharapkan pihak KPDNKK dapat memantau harga barangan tersebut dengan segera kerana ia membebankan para pengguna.

Tanpa Nama berkata...

inilah sikap sesetengah peniaga yang menyrok gula kerana mengharap harga akan naik. ada juga yang menaikkan harga gula dengan sesuka hati. peniaga seperti ini perlu didakwa supaya mereka sedar akan kesilapan mereka

Tanpa Nama berkata...

KPDNKK harus memantau harga gula bagi memastikan tiada peniaga yang bertindak menaikkan harga gula sesuka hati. tindakan peniaga ini telah membebankan penduduk.

tombolo berkata...

inilah sikap sesetangah peniaga yang pentingkan keuntungan. mereka seharusnya sedar tindakan mereka ini menyelahi undang2 dan membebankan pengguna. KPDNKK perlu membaut pemantauan bagi memastikan tiada peniaga yang menyorok dan menaikkan harga barangan sesuka hati. peniaga yang melakukan perkara ini harus diberi tindakan undang2.

jack berkata...

bukan sahaja di sandakan tetapi juga kawasan2 lain terutama di pedalaman sabah...harga barangan kawalan lain juga harus dipantau...mereka yang bersalah harus dikenakan tindakan yang sewajarnya.