Selasa, 15 Jun 2010

KONSPIRASI POLITIK LEMAHKAN UMNO SABAH?

Oleh: MOHD YATIM SUHAILI (sabahkini)

KONSPIRASI Politik UMNO Sabah seperti yang didedahkan Mantan Setiausaha Agung Ex-USNO, Abdullahsani Haji Abdul Salleh Gupurani semakin membahang dalam persada politik Sabah dan kini dijadikan ‘Gelombang Besar’ kepada kumpulan Desperado di dalam UMNO untuk melakukan Coup-de-tat (Kudita) dalam skala besar.



Penangkapan ramai tokoh perniagaan Sabah yang amat berjasa kepada UMNO Sabah dan Barisan Nasional oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) merupakan ‘Gegaran Pertama’ yang menggugat kekuatan dan kewibaan UMNO Sabah yang dilakukan oleh para ‘Konspirator’ yang ingin menjatuhkan Ketua Perhubungan UMNO Sabah, Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman daripada kerusi Ketua Menteri Sabah yang diidamkan oleh seorang pemimpin UMNO Pusat sejak 1994 lagi.

Nafsu rakus pemimpin UMNO berkenaan amat ketara apabila cuba menyekat kerjaya politik Musa dengan menasihati ‘bapa Saudaranya’ (Ketua Menteri) agar memberikan jawatan Pembantu Menteri kepada Musa; diikuti oleh penghantaran ‘anak saudara’ pemimpin berkenaan ke Hong Kong menemani Ketua Angkatan Muda PKR Pusat, Shamsul Iskandar Mohd Akin setelah semua ‘usaha nakalnya’ selama ini gagal; termasuk 81 Dalil.

Konspirasi untuk menjatuhkan Musa mula menampakkan hasil apabila SPRM bertindak menangkap satu persatu mereka yang telah berjasa kepada UMNO sebagai ‘kata kunci’ untuk menggelincirkan Musa daripada Kerusi Ketua Menteri dan Ketua Badan Perhubungan UMNO Sabah.

Bermula dengan penangkapan Ngui Ing Chuang, Andrew Lim, Freedy Lim, Admond Looh, CL Tan, Nasir Yeo, Azlan Yeo, Loh Man Heng, Chong Shiak Nyen; atas tuduhan terlibat dengan Skandal Penggubahan Wang Haram dan Membiayai Keganasan yang diketuai oleh seorang penjenayah, Michael Chia Tien Foh yang mengaku atau menggelar dirinya sebagai ‘Adik Angkat’ Ketua Menteri Sabah sebagai ‘escapism’ atau ‘Suaka Politik’.

Fitnah terbesar ini menyebabkan Musa ‘terjerat’ dengan pakatan jahat kumpulan ‘Desperado’ untuk melemahkan kedudukannya dengan mendedahkan secara terperinci semua bukti yang sepatutnya ‘hanya’ dimiliki SPRM kepada media, termasuk Sabahkini.net.

Persoalannya, kenapa hampir semua tangkapan dibuat ketika Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Abu Kassim Mohammad berada di Eropah dan siapakah yang mengarahkan tangkapan semua tokoh yang berjasa kepada UMNO dan kenalan rapat dengan Musa?

Mungkinkah Konspirasi ini usaha terakhir untuk melemahkan UMNO Sabah sehingga Musa dilihat sebagai Ketua Perhubungan UMNO dan Ketua Menteri yang lemah seperti di era Tun Sakaran yang perlu segera diganti?

Apakah Konspirasi Politik ini mengulangi sejarah ‘Konspirasi’ demi ‘Konspirasi’ ketika Ketua Perhubungan UMNO Sabah pada mulanya dipangku oleh Tun Ghafar Baba, kemudian beralih kepada Al-Marhum Tun Mustapha sekejap setelah USNO dimatikan melalui satu taktik ‘Konspirasi Penuh Muslihat’ bagi memudahkan UMNO menapak di bumi Sabah?.

Setelah itu, bermula era Tun Sakaran, beralih kepada Datuk Salleh Tun Said sebagai Ketua Perhubungan; diturunkan kepada oleh Datuk Seri Panglima Osu Haji Sukam dan kini Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman.

Kesemua Ketua Perhubungan UMNO Sabah, kecuali Musa Aman tidak langsung mempunyai ‘kuasa politik’, mungkin disebabkan tempoh masa yang agak terhad antara enam bulan hingga dua tahun, sehingga pernah digelar sebagai ‘Badut Politik’, menyebabkan UMNO Pusat mula memandang serong kepada UMNO Sabah yang kini berjaya diperkasakan Musa tanpa bantuan UMNO Pusat.

UMNO Sabah yang sebelum ini hanya menjadi satu komponen kecil kepada UMNO Pusat dan menjadi ‘Nasi Tambah’ kepada Kerajaan Persekutuan, tiba-tiba sahaja mendapat jolokan ‘Fixed Deposit’ setelah ‘Tsunami Politik 2008’ apabila Barisan Nasional kehilangan majoriti dua pertiga di Dewan Rakyat.

Di bawah kepimpinan Musa yang cuba dipertikaikan oleh ‘Desperado’ di dalam UMNO Sabah telah berjaya menyumbang 24 Kerusi Parlimen ketika BN hampir memasuki bilik ‘ICU’ politik sekiranya ‘Teori 16 September’ Pakatan Rakyat menjadi realiti.

Sebelum ini, kesemua Ketua Perhubungan UMNO Sabah terlalu berlutut kepada UMNO Pusat dan sanggup tunduk kepada ‘Teori Konspirasi Politik BN’, Pecah dan Perintah; sehingga rela kehilangan kuasa Ketua Menteri melalui Formula ‘Penggiliran Ketua Menteri’; sedangkan ketika itu UMNO memiliki kerusi Majoriti (24+2) di Dewan Undangan Negeri Sabah, namun hanya Musa yang mempunyai kekuatan untuk menentang dan memansuhkan sistem berkenaan pada 2003.

Walaupun sepatutnya giliran Kaum Bumiputera Bukan Islam menjadi Ketua Menteri pada 2003, namun Musa berjaya menongkah arus merampas ‘Tongkat Kuasa’ bumiputera Islam sebagai Ketua Menteri selepas giliran Kaum Cina menjadi Ketua Menteri.

Kewibawaan Musa menerajui UMNO Sabah dalam dua pilihanraya umum sejak 2004 dan 2008 amat membanggakan dan memboleh BN terus menguasai Dewan Rakyat, sekalipun peluang BN amat tipis akibat kebangkitan kuasa rakyat di Semenanjung Malaysia yang hampir menguburkan UMNO di pusara politik Malaysia.

Musa, Ketua Menteri Sabah yang ke-7 di bawah Sistem Penggiliran di Sabah dan Ketua Menteri Ke 13, mula menampakkan kewibawaannya memimpin Sabah telah cuba digelincirkan melalui ‘Konspirasi Politik’ menjelang pilihanraya umum 2008 setelah 81 Dalil yang difailkan oleh Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat, Datuk Dr Jeffrey Kitingan dijadikan ‘Manifesto’ pilihanraya.

Namun, Presiden UMNO ketika itu, Datuk Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi memikirkan ‘Tanpa MUSA’ UMNO Sabah seperti ‘batang pisang’ yang hanyut di Sungai Kinabatangan, tidak langsung mengendahkan semua bukti dan laporan yang dibuat dengan kerjasama ‘Orang Dalam’; terus memberikan kepercayaan kepada Musa untuk memimpin Pilihanraya Umum 2008.

Ramai pemerhati politik menyifatkan, jika Pak Lah mendengar ‘gunjing’ atau ‘fitnah’ Desperado di dalam UMNO Sabah, maka Dewan Rakyat akan dikuasai pembangkang!

Apakah UMNO Sabah akan terus dilanda badai politik dan berjayakah ‘Kumpulan Desperado’ di dalam UMNO melakukan ‘Kudita’ dalam keadaan Sabah mungkin kehilangan ‘Fixed Deposit’ jika semua penyokong kuat BN yang diberkas SPRM berpaling tadah menyokong pembangkang pada pilihanraya umum akan datang?


14 ulasan:

thinaj berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
thinaj berkata...

Without any solid prove, there's no way that Musa Aman is involved in the money laundering case. This clearly is a conspiracy to bring him down. SPRM should take immediate action once found out the culprit behind all this problem.The never-ending accusation towards MA should stop till we know the confirm news report.

jack berkata...

there's so many unconfirmed news reports saying bad about Musa included the money laundering case..so far there's no solid proof, there's no statement from MA also there's no charges been made..this all was a conspiracy to bring Musa from the top post in Sabah down..there's no facts no solid evidences which can connecting Musa with all the speculations..Musa is the best CM for Sabah and Sabah will continuously support him..

Tanpa Nama berkata...

tiada bukti pun yang menunjukkan musa terlibat dalam kes penggubahan wang haram tu, dia mmg tidak terlibat. Musa Aman adalah KM sabah yang berwibawa. dia sentiasa disokong rakyat. usaha untuk menjatuhkannya takkan berhasil.

Hamdan Hadillah berkata...

UMNO sabah bukan mudah untuk dilemahkan. Pengaruhnya dan sokongan rakyat yang kuat meyusahkan mereka untuk jatuh.

Sanih Alias berkata...

memang tidak ada bukti untuk menuduh Datuk Musa terlibat dalam hal ini. Ini adalah cara pembangkang untuk menjatuhkan Datuk Musa Aman. tetapi, rakyat tetap akan meyokong CM dan BN.

Unknown berkata...

usaha untuk menjatuh kan KM itu memang tidak akan berhasil langsung. rakyat percaya yang bahawa KM tidak akan terlibat dengan pengubahan wang haram itu. itu cuma cara untuk menjatuhkan beliau.

Unknown berkata...

Rumours...walau apapun tohmahan yang dibuat terhadap CM tanpa bukti yang kukuh, rakyat sabah tetap memberi sokongan terhadap beliau. The truth will prevail soon....

tombolo berkata...

rakyat yang menentukan siapa yang akan pemimpin mereka. sokongan rakyat terhadap Musa Aman tetap kuat. Musa Aman akan terus menjadi KM Sabah.

POP berkata...

Musa memang tidak patut ditentang orang. Beliau sangat berjasa kepada negeri..

Ted Medresher berkata...

tidak perlu buat kesimpulan sendiri, kita ada SPRM untuk menjalankan kerja2 siasatan. selagi tiada tindakan terhadap beliau, selagi itu beliau tidak bersalah dan tiada kaitan dengan mana2 individu yang terlibat.

Ted Medresher berkata...

walau apa jua bentuk konspirasi yang ditimbulkan, diharapkan Musa Aman akan terus tabah dan terus berjuang untuk negeri dan rakyat Sabah. abaikan semua konspirasi yang tidak mendatangkan faedah..

Unknown berkata...

Walauapapun, diharapkan Datuk Musa akan terus berjuang untuk kepentingan negeri dan rakyat Sabah.

Unknown berkata...

Unconfirmed reports on Musa Aman involving in the money laundering case are swirling around like whirlwind these days.

I'm sure someone out there wants him out, down and be evicted from the CM's office.

Money laundering - serious case of offense. Scary man..