Sabtu, 5 Jun 2010

KM serahkan SPRM siasatan habuan seks

SINAR HARIAN ONLINE


AYER KEROH – Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam menyerahkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat kes rasuah seks melibatkan seorang pegawai kanan pihak berkuasa tempatan (PBT) di negeri ini.

Beliau yang mengaku sudah dimaklumkan perkara itu, mengharapkan tidak wujud spekulasi berikutan kes masih dalam siasatan SPRM.

Mohd Ali berkata, beliau akan menyiasat perkara itu berikutan tidak mahu mempercayai tuduhan, selain sikap masyarakat kini lebih gemar membuat tuduhan tidak berasas.

“Jika menuduh tak tahu hujung pangkal. Macam zaman sekarang, orang suka tuduh menuduh, sama ada betul atau tidak, kita tidak tahu.

“Kita tidak mahu spekulasi. Orang tuduh menuduh ini perkara biasa,” katanya ketika ditemui selepas merasmikan Pusat Penerangan Pelancong dan Pelancaran Mobile Travel Guide-ITour di sini, hari ini.

Bagaimanapun Mohd Ali enggan mengulas lanjut yang sekiranya kes itu mampu menjejaskan pentadbiran Kerajaan Negeri.

Terdahulu, pegawai kanan terbabit melakukan hubungan seks haram sebagai ‘hadiah’ bagi meluluskan tapak kedai kepada seorang wanita yang juga pengusaha kedai makan.

Akibatnya, wanita itu disahkan mengandung selepas dua kali melakukan hubungan intim dengan pegawai terbabit.

Tiada ulasan: