Selasa, 1 Jun 2010

Kesilapan Sibu: PP beri RM100, S'wak bagi RM600

Susan Loone



Seorang pemerhati bebas mendedahkan 'kesilapan' yang dilakukan oleh Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng dalam lawatannya di rumah panjang semasa pilihan raya kecil Sibu awal bulan ini.

Lim (kanan) yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang, mendakwa telah bertanya kepada penduduk rumah tersebut sama ada Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud memberikan RM100 sebagai sebahagian daripada program untuk warga tua (seperti yang dilakukan di Pulau Pinang).

"Apa fikir anda respon mereka?" soal Ong Boon Keong - yang mewakili Pemerhati Pilihan Raya Malaysia - pada forum pasca pilihan raya Sibu di Pulau Pinang.

"Semua orang senyap dan tidak berani bersuara, yang mana pada setiap pilihan raya, mereka menerima RM600 bagi setiap rumah!

"Jika petugas DAP mengetahui perkara ini, mereka tidak akan bertanyakan sama ada setiap rumah menerima RM100, mereka tahu nilai ini tidak munasabah."

Pada hari-hari terakhir kempen Abdul Taib mengumumkan geran berjumlah RM147, 600 untuk 12 rumah panjang di Tanjong Penasu - setiap satu daripada keseluruhan 246 pintu menerima RM600.

Sementera itu, wakil PAS, Zamry Ibrahim yang juga seorang ahli majlis di Kedah berkata, kehadiran Pakatan Rakyat di Sibu amat kurang terutamanya di kawasan majoriti Melayu/Islam.

"Kebanyakkan kaum Melayu/Melanau dan Dayak telah menyokong pembangkang, bahkan sebelum 8 Mac (pilihanraya umum pada tahun 2008), tetapi secara tidak terancang. Kumpulan ini akan mengundi sesiapa sahaja asalkan ianya bukan daripada BN," katanya.

"Ramai yang mahu berubah tetapi takut untuk menunjukkannya kerana BN mengawal mereka melalui ketua rumah panjang atau dengan cara 'menyuap' mereka."

Beliau merujuk kepada elaun RM450 yang telah dibayar oleh pihak kerajaan kepada ketua rumah.

Tiada ulasan: