Isnin, 14 Jun 2010

Kerjasama dengan bukan Islam, sejak zaman Rasulullah

Harakahdaily


PENGKALAN CHEPA: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menasihatkan seluruh kepimpinan dan ahli PAS, agar tidak gentar dengan serangan Umno BN berhubung hubungan PAS dengan DAP.

Tahaluf Siyasi atau kerjasama politik antara Islam dengan bukan Islam jelasnya sudah wujud sejak zaman Rasulullah s.a.w lagi.

Menurutnya, apa yang penting sekarang ini, adalah menjelaskan kepada Umno, bagaimana sirah perjuangan Rasulullah s.a.w dan hubungan baginda dengan bukan Islam dalam memastikan dakwah Islam terus tersebar.

"Tolong bagitahu kawan kita Umno, nabi dulu sampai sanggup berkawan rapat dengan orang bukan Islam demi menyebarkan dakwah Islam.

"Nabi sampai tahap mahu padam perkataan Rasulullah pada surat-surat yang dihantar kepada orang bukan Islam agar tidak menyekat mesej dakwah sampai kepada mereka," katanya yang juga menteri besar Kelantan.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan penangguhan pada Muktamar Tahunan PAS keli ke-56, di Pusat Tarbiah Islam Kelantan (Putik) petang ini.

PAS katanya bergerak atas dasar yang jelas iaitu Islam sejak dari penubuhannya.

Tambahnya lagi, PAS juga katanya tidak pernah menggadaikan prinsip agama Islam biarpun menjalinkan kerjasama politik dengan parti bukan Islam.

Sehubungan itu, Umno katanya disaran mempelajari dsan mengkaji sirah Rasulullah s.a.w agar memahami bagaimana cara baginda memastikan dakwah Islam itu boleh tersebar.

Tiada ulasan: