Isnin, 7 Jun 2010

Kamalanathan, Wong angkat sumpah MP baru

BERNAMA



Wong Ho Leng mengangkat sumpah di Parlimen hari ini. - Gambar oleh Choo Choy May
KUALA LUMPUR — Ketua Penerangan MIC P. Kamalanathan dan Pengerusi DAP Sarawak Wong Ho Leng hari ini mengangkat sumpah masing-masingnnya sebagai Anggota Parlimen Hulu Selangor dan Sibu di Dewan Rakyat di sini.

Kamalanathan dan Wong memenangi pilihan raya kecil di kawasan masing-masing baru-baru ini mengangkat sumpah di hadapan Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia.

Acara mengangkat sumpah Kamalanathan dan Wong diadakan sebelum sesi soal jawab lisan bermula pagi ini.

Pada pilihan raya kecil Hulu Selangor pada 25 April lepas, Kamalanathan menewaskan Datuk Zaid Ibrahim daripada Parti Keadilan Rakyat manakala Wong mengalahkan calobn Barisan Nasional Robert Lau Hui Yew dan calon Bebas, Narawi Haron.

Pandikar Amin berharap kedua-dua anggota Parlimen baru itu dapat memainkan peranan dan menjalankan tanggungjawab mereka dengan baik.

Tiada ulasan: