Rabu, 16 Jun 2010

Jualan barangan kawalan mula diboikot hari ini

BERNAMA



Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengalu-alukan usaha MCA untuk menjadi perantara bagi menyelesaikan isu perlesenan runcit dengan Persekutuan Persatuan Peniaga Barang Runcit Malaysia.

Beliau berkata Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek mampu membantu kementerian menangai masalah itu dengan menemui para peniaga terbabit.

"Seramai 15,000 peniaga sudah memohon lesen menjual barangan keperluan, maka ia sepatutnya tidak menjadi masalah kepada pengguna untuk membeli barangan terbabit atau kekurangan bekalan," katanya kepada pemberita di Lobi Parlimen.

Peniaga-peniaga yang menganggotai Persekutuan Persatuan Peniaga Barang Runcit Malaysia akan berhenti menjual gula, minyak masak dan tepung gandum mulai hari ini kerana tidak setuju dengan langkah kerajaan memperkenalkan lesen runcit untuk tiga barangan kawalan itu.

Presidennya Lean Hing Chuan berkata persekutuan itu telah mendapat persetujuan daripada kebanyakkan persatuan peruncit Cina yang dianggarkan berjumlah 20,000 peruncit dari seluruh negara.

"Kita akan mula berhentikan penjualan barang itu mulai hari ini kerana semalam adalah hari terakhir kita akan jualkan semua barang itu sehingga habis," katanya.

Lean berkata peruncit termasuk dari Sabah dan Sarawak juga menyokong boikot itu kerana mereka semua beranggapan penjualan ketiga-tiga barangan tersebut tidak memberi keuntungan yang banyak.

Ditanyakan mengenai kesan tindakan mereka, beliau berkata mereka tidak akan kerugian kerana penjualan barangan berkenaan tidak menjejaskan mereka dan menguntungkan serta membebankan peniaga terbabit.


9 ulasan:

Ted Medresher berkata...

rasanya tidak semua peniaga akan melakukan perkara yang sama.. oleh itu cari lah mana2 peruncit yang telah memohon lesen atau mana2 pasaraya besar..

Ted Medresher berkata...

sukar untuk kita buat keputusan mana pihak yang betul.. sebab tanpa lesen tersebut, aktiviti sorok barang akan berleluasa dan peruncit mengambil kesempatan menaikkan harga barang.. apa2pun saya harap masih ada peruncit diluar sana yang tidak terikat dengan tindakan boikot tersebut.

khalid berkata...

Diharapkan perkara ini mendapat penyelesaian lebih baik. Tujuan kerajaan sebenernya barangan kawalan tersebut sampai kepada pengguna dengan kadar harga yang ditetapkan. Ia juga bertujuan supaya tiada pihak yang dapat menyorok barangan kawalan tersebut.

Unknown berkata...

betul..tujuan kerajaan bukan untuk membebankan mana pihak. tapi untuk menbantu semua rakyat. harap perniaga haruslah memikirkan apa tujuan kerajaan sebenarnya melakukan semua ini. dan kerajaan juga haruslah membuat keputusan yang boleh diterima oleh semua pihak.

Tanpa Nama berkata...

tak perlulah nak memboikot barangan kawalan hanya kerana lesen tersebut, kerajaan mewajibkan lesen tersebut adalah untuk memudahkan kerajaan memantau aktiviti jualan barangan kawalan tersebut. ia bukanlah untuk membebankan peniaga, harap para peniaga dapat memandang positif terhadap perkara ini.

Tanpa Nama berkata...

isu ini tak perlulah diperbesarkan, para peniaga seharusnya patuh pada arahan kerajaan, lesen barangan kawalan ini bukanlah untuk membebankan peniaga, tp untuk megawal penjualan barangan kawalan. lagipun permohonan lesen ini adalah percuma.

Unknown berkata...

Kalau proses permohonan lesen bg jualan brg kawalan ini tidak dikenakan bayaran, untuk apa peniaga2 bersungut. Mungkin kalau dikehendaki membayar demi mendapatkan lesen tersebut barulah peniaga2 boleh bersungut dan memboikot jualan brgn kawalan tersebut. Pada pendapat saya, peniaga2 di luar sana hendaklah berfikiran positif dan disamping itu membantu pihak kerajaan bersama2 memantau aktiviti menyorok brg. Jika peniaga2 tdk dpt bekerjasama dgn kerajaan bagaimana kerajaan dapat membantu peniaga2. Oleh itu, biar la bersusah payah sedikit untuk keluar memohon lesen tersebut dan kebaikannya dapat dirasai semua masyarakat.

Hamdan Hadillah berkata...

harap perniaga tak perlulah nak memboikot barangan kawalan hanya kerana telah diarahkan membuat lesen. perniaga haruslah berfikiran positif lah, kerajaan mewajibkan lesen tersebut adalah untuk memudahkan kerajaan memantau aktiviti jualan barangan kawalan tersebu dan bukan untuk membebankan peniaga. harap perniaga akan memkirkan hal ini.

tombolo berkata...

lesen ini bukan untuk membebankan peniaga tp untuk membantu rakyat dalam mendaptkan bekalan barangan2 ini. para peniaga seharusnya patuh dan membantu kerajaan, tindakan memboikot hanya merugikan sahaja.