Isnin, 7 Jun 2010

JANGAN TERIMA BULAT-BULAT BERITA INTERNET

KENANGAN….Abdul Rahman (duduk lima dari kanan) mengabdikan album kenangan bersama peserta kursus pada majlis itu.

Oleh : ISMAIL MOHD ROSLI


PARA belia disaran agar tidak menerima bulat-bulat semua berita yang disiarkan di laman web atau blog tanpa usul periksa kerana terlalu banyak maklumat yang disiarkan tidak tepat dan bercanggah dengan keadaan sebenar.

Ahli Parlimen Kota Belud, Datuk Abdul Rahman Datuk Dahlan menyarankan demikian ketika merasmikan Penutupan Program Pemimpin Belia Berkelibar yang telah diadakan di Ostrich Village Lodge, Kampung Rampaian Laut, Kota Belud, baru-baru ini.

Program anjuran bersama Pejabat Belia dan Sukan (P) Bahagian Pantai Barat dan Pejabat Belia Dan Sukan (P) Bahagian Kudat telah disertai seramai 52 peserta terdiri belia dan beliawanis dari Kota Belud, Kudat, Kota Marudu, Pitas dan Tuaran.

Berucap pada majlis itu, Abdul Rahman yang juga Setiausaha Barisan Nasional menasihati generasi muda di negeri ini agar tidak mudah terpedaya dengan fitnah yang disebar luaskan menerusi laman internet, ini kerana ia bertujuan menimbulkan kebencian rakyat terhadap kerajaan yang menjadi pemerintah di negara ini.

Menurut Abdul Rahman, terdapat laman website yang melontarkan fitnah dan tomahan yang tidak berasas kepada para pemimpin serta kerajaan Barisan Nasional yang bukan sahaja bertujuan mengelirukan pemikiran golongan belia malah rakyat secara keseluruhan demi kepentingan mereka sendiri.

“Saya minta kepada adik-adik dalam masa kita melayari di laman internet adik-adik kena berhati-hati, jangan dengar dan cepat percaya segala tomahan serta fitnah yang tertulis di dalam laman web. Saya minta generasi muda hendaklah bertanggungjawab untuk menepis, menganalisa apa pun maklumat yang sampai kepada kita, jangan sampai bulat-bulat kita terima, bulat-bulat juga kita telan,” tegasnya lagi.

Hadir sama pada majlis itu antaranya Pegawai Daerah Kota Belud, Mohd Najib Muntok; Timbalan Pengarah Jabatan Belia dan Sukan (P) Sabah, Mohd Yusuf Long; Pegawai Belia dan Sukan (P) Bahagian Pantai Barat, Idris Mohd Thaufeck; Pegawai Belia dan Sukan (P) Bahagian Kudat, Azmi Ibrahim; Wakil Ketua Polis Daerah Kota Belud, Ketua Inspektor Nor Azmi Yaccob serta para pemimpin setempat yang lain.

6 ulasan:

somboi berkata...

ya.. kita tidak boleh mempercayai sepenunya apa berita yang terdapat di internet. tardapat berita2 dan maklumat2 di internet yang tidak benar. kita sebagai rakyat yagn bijak harslah tahu menilainya dengan baik.

Tanpa Nama berkata...

terlalu mudah untuk kita mendapatkan berita dan maklumat dari internet, namun, tidak semua submer dari interner boleh dipercayai, kerana ia boleh dilakukan oleh sesiapa sahaja. kita harus bijak dalam mendapatkan maklumat dari internet.

Ted Medresher berkata...

saya setuju,, ada maklumat yang telah diputar belit dan ada yang bersifat berat sebelah. rakyat perlu bijak memilih dan menilai setiap sumber yang dilayari serta elakkan dari terus terpengaruh dengan ideologi2 yang tidak berasas.

jack berkata...

terdapat banyak berita yang disiarkan di internet yang mengatakan itu ini...sebelum sesuatu berita yang disiarkan itu terbukti kebenarannya, janganlah kita percaya/terima bulat2..

Paquin berkata...

Setuju dengan pandangan kamurang. Berita internet ni kadangkala sukar dipercayai tapi kalau setakat isi masa lapang utk suka2 baca, its ok lah. Tapi awas jgn terpedaya. hehhee

Paquin berkata...

Sebagai rakyat kita harus lebih bijak dalam membuat sebarang penilaian. Untuk mempercayai sesuatu perkara perlukan analisis dan bukti yg kukuh. So janganlah kita terima semua maklumat bulat2 ya. hehe