Jumaat, 4 Jun 2010

Isu Bonus Terus Dominasi Selcat

TV SELANGOR

Hari kedua siasatan awam Selcat terhadap dakwaan salah guna kuasa dan rasuah dalam Kumpulan Semesta Sdn Bhd yang menguruskan industri pasir di Selangor masih bertumpu kepada prestasi syarikat itu dan keperluan membayar bonus lumayan kepada kakitangan dan lembaga pengarah.

Pengerusi Kumpulan Semesta Abdul Shukor Nagor berhempas pulas untuk menyakinkan panel badan Selcat yang ditubuhkan kerajaan pakatan rakyat mengenai keperluan memberikan bonus lebih setengah juta kepada lembaga pengarah.

"Encik Shukor, semalam ada maklumkan kepada jawatankuasa ini bahawa kakitangan dan juga ahli lembaga pengarah menerima bonnus iaitu dari September hingga Disembar 2008, dan Januari hingga Jun 2009 ada empat bonus, soalan saya seterusnya berapakah bonus yang diterima oleh ahli lembaga yang diterima oleh mereka?," soal Teng.

"Bagi tahun Jun 2009, jumlahnya ialah RM503,613.59 untuk setakat Jun 2009," kata Shukor.

Shukor berkata jumlah itu meliputi pembayaran bonus kepada 45 kakitangan manakala lapan ahli lembaga pengarah diberi bonus empat bulan.

"Adakah wajar sebenarnya dari segi amalan korporat, sebuah syarikat yang beroperasi dalam tempoh singkat itu jumlah bonus itu perlu dibayar?" soal Teng.

"Yang Berhormat Pengerusi, Lembaga Pengarah mengambilkira beberapa faktor, pertama kerja-kerja yang perlu dilakukan untuk KSSB sebab untuk memulakan KSSB perlu banyak menjalankan aktiviti dari segi produksi perlu mendapatkan semua kelulusan,” kata Shukor.

"Sebagai pengerusi maklum dalam lampiran yang saya berikan, kita dikehendaki memenuhi semua peluang, dari segi undang-undang dan maknanya kita perlu membuat satu keputusan untuk membahagikan kepada 8 sub secara teknikalnnya dan proses ini memakan masa yang panjang," kata Shukor.

Shukor memberitahu semua proses tender dibuat secara terbuka dan mendapat sambutan baik.

Untuk rekod beliau berkata unjuran pada Jun 2009, KSSB menunjukkan rekod yang baik.

"Saya tidak nampak ada keadaan yang begitu luar biasa khususnya KSSB adalah sebuah syarikat milikan kerajaan negeri di mana semua kemudahan dan kerjasama dari jabatan diberikan sehingga satu jawatankuasa dipengerusikan oleh setiausaha kerajaan negeri bererti kerajaan negeri dan daerah memberi kerjasama kepada syarikat ini," kata Teng.

Abdul Shukor bagaimanapun tegas mengatakan Kumpulan Semesta tetap dibeban dengan kerenah birokrasi.

"Sebenarnya kami sahaja yang perlu melalui semua perspektif ini. orang yang mengorek secara tidak berlesen, tidak perlu melalui kesemua proses ini.

"Kita buat perkara ini mamakan masa tiga bulan setengah dan orang yang buat secara tidak berlesen pula tidak melalui semua ini," kata Shukor.

Shukor ditegur kerana membandingkan syarikat-syarikat yang ada lesen dengan syarikat yang dibuka secara haram.

Teng turut menegur KSSB tidak mempunyai peningkatan ketara dalam hasil kutipan dari perniagaan pasir berikutan statistik menunjukkan sedikit peningkatan dari tahun 2007 hingga 2008.

"Encik Shukor bersetuju atau tidak di mana sebuah syarikat yang baru beroperasi hampir beberapa bulan sahaja sudah dapat meberi bonus interim bermakna syarikat itu sudah pasti baru beberapa bulan sahaja sudah dapat bonus interim bererti ada bonus lagi belum sampai," soal Teng.

Ini jawapan Shukor:

"Sebenarnya masa kita mengeluarkan bonus pada bulan Disembar, kita telah dapat forecast sehingga Jun dan kita rasa yakin yang kita boleh membuat banyak lagi keuntungan," kata Shukor.

Dalam pada itu, ketika ditanya sumbangan KSSB kepada kerajaan negeri, Shukor memberitahu RM3.5 juta dividen dibayar kepada MBI termasuk 1.3 juta dibayar melalui progam Merakyatkan Ekonomi Selangor.

Tiada ulasan: