Ahad, 6 Jun 2010

Felcra Hidupkan Semula Tilawah Al-Quran, Pakej Umrah Untuk Johan

BERNAMA

KUALA TERENGGANU: Johan qari dan qariah Majlis Tilawah al-Quran peringkat kebangsaan Felcra Berhad yang akan diadakan buat pertama kali dalam tempoh 20 tahun oleh agensi itu akan dihantar menunaikan ibadah umrah.

Anggota Lembaga Pengarahnya Datuk Abdul Fattah Abdullah berkata seramai 18 qari dan qariah akan mengambil bahagian dalam majlis itu yang dijangka diadakan di Felcra Seberang Perak pada 27 Jun ini.

Kira-kira RM700,000 diperuntukkan untuk program tilawah yang bertujuan menanam perasaan cinta pada kalangan peserta-peserta Felcra terhadap kitab suci al-Quran, katanya kepada pemberita selepas Majlis Tilawah al-Quran Felcra Berhad Wilayah Timur, di sini malam tadi.

Beliau berkata sehingga kini majlis tilawah telah diadakan di Sabah, Selangor, Perak, Wilayah Persekutuan, Pahang dan Terengganu.

Pada majlis tilawah malam tadi, Mat Hasan Abdul Rahman dan Hamidah Daud muncul johan qari dan qariah Wilayah Timur.

Kedua-duanya yang mewakili Felcra Bukit Tadok, Rantau Panjang, Kelantan membawa pulang wang tunai RM100, sijil dan al-Quran.

2 ulasan:

Hisyamuddin Che Ali berkata...

Baguslah..tapi jgn jadikn al-quran ni sbg bhn bacaan shj..yg pentg amalknnya..smoga warga felcra yg selm ini mnjadi talian hyt bn, akn tumbg bila warga felcra ni insaf dan bertaubat..amin..

Sahabat, boleh ana tumpang tak parking (justice4all) di sini, sahabat. Syukran

ELBI RISALAH berkata...

Boleh dan silakan.