Rabu, 23 Jun 2010

Cukai lapangan terbang tak dikurangkan

BERNAMA



Kerajaan tidak berhasrat untuk mengurangkan cukai lapangan terbang kerana kadar sekarang secara relatifnya lebih rendah berbanding negara lain, persidangan Dewan Rakyat diberitahu hari ini.

Tim
balan Menteri Pengangkutan, Jelaing Mersat, berkata cukai yang dikenakan di Malaysia iaitu RIndonesia (RM54), Hong Kong (RM65) dan Bangkok, Thailand (RM76).

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Tan Tee Beng (BEBAS-Nibong Tebal) yang ingin tahu sama ada kementerian ada memberi diskaun bagi cukai lapangan terbang kepada syarikat penerbangan AirAsia dan sekiranya AirAsia boleh mengurangkan cukai lapangan terbang mereka.

Mersat berkata, tiada diskaun diberikan untuk cukai lapangan terbang kepada AirAsia atau mana-mana syarikat penerbangan di negara ini.

"Seksyen 24A Akta Penerbangan Awam 1969 memberi kuasa kepada Menteri Pengangkutan untuk memberikan lesen bagi mengadakan perkhidmatan lapangan terbang dan penerbangan, di mana Malaysia Airports Holdings Sdn Bhd (MAHB) telah diberi kebenaran untuk memberi perkhidmatan dan mengutip cukai lapangan terbang selaras dengan lesen yang diberikan.

"Keputusan bagi pengurangan cukai lapangan terbang termasuk caj serta fi yang berkaitan adalah di bawah bidang kuasa menteri menurut Seksyen 3 akta berkenaan," katanya.

Sementara itu, dalam jawapan bertulis kepada Wee Choo Keong (BEBAS-Wangsa Maju), Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Kong Cho Ha, berkata Jabatan Penerbangan Awam sentiasa memastikan setiap pesawat yang dibenarkan terbang berada dalam keadaan selamat.

"Bagi memastikannya, peraturan dan prosedur penyelenggaraan semua pesawat terbang awam adalah tertakluk kepada peraturan, Peraturan Penerbangan Awam (CAR) 1996 dan Notis Perihal Layaknya (AN) yang sentiasa dikemaskini mengikut peraturan terkini yang ditetapkan Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO).

"Semua prosedur keselamatan yang terpakai tidak membezakan antara pesawat penerbangan operasi tambang murah atau pesawat penerbangan berjadual domestik dan antarabangsa," katanya.

Kong berkata, kekerapan pemeriksaan terhadap pesawat dilakukan pada setiap tahun bagi tujuan memperbaharui Sijil Perihal Layaknya.

Bagaimanapun, beliau berkata terdapat pemeriksaan tidak berkala dibuat secara rawak yang dijalankan setiap bulan bagi memastikan pesawat sentiasa berada dalam keadaan selamat untuk digunakan.

Tiada ulasan: