Rabu, 2 Jun 2010

CUEPACS: 41 peratus penjawat awam terlibat rasuah tahun lepas

BERNAMA

TEMERLOH — Seramai 418,200 atau 41 peratus daripada 1.2 juta penjawat awam dikesan terbabit dengan aktiviti penerimaan rasuah sepanjang tahun lalu, kata Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) Omar Osman.

Beliau berkata jumlah tersebut adalah membimbangkan dan harus ditangani segera.

Bagi menangani masalah tersebut, Cuepacs akan bekerjasama dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) supaya mereka yang terbabit dengan aktiviti rasuah diambil tindakan dan diheret kemuka pengadilan, katanya.

“Kita mahu memerangi rasuah di kalangan penjawat awam dan juga membuat laporan kepada SPRM terhadap pihak yang cuba menyogokkan rasuah kepada penjawat awam.

“Cuepacs tidak akan berkrompomi atau bertolak ansur dengan melindungai mana-mana penjawat awam dengan gejala ini yang boleh menjejaskan pembangunan negara,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat agung kali ke-8 Kesatuan Kebangsaan Pekerja-Pekerja Jabatan Kerja Raya dan Air Cawangan Temerloh, di sini hari ini.

Omar berkata selain rasuah, Cuepacs juga tidak akan melindungi penjawat awam yang terbabit dalam masalah disiplin termasuk cubaan memalsukan sijil cuti sakit dan ponteng kerja.

Beliau mengulangi kenyataannya bahawa dianggarkan antara 1,000 hingga 2,000 penjawat awam didapati memalsukan sijil cuti sakit atau mengubah jumlah asal cuti sakit yang diberikan oleh doktor.

“Mereka mendapatkan sijil cuti sakit palsu daripada klinik yang bukan panel dan ada sesetengahnya klinik berkenaan tidak wujud pun.

“Ada sesetengahnya pula mengubah jumlah cuti sakit yang ditulis oleh doctor misalnya 1 hari kepada 11 hari,” kata Omar.

11 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

peratusan penjawat awam yang terlibat dalam rasuah ini amat membimbangkan. SPRM memang patut bekerjasama dengan CUEPACS dalam membanteras rasuah dikalngan penjawat awam. mereka yang terlibat harus diberi hukuman yang setimpal.

somboi berkata...

gejala rasuah dikalangan penjawat awam telah lama berlaku. perbutan mereka ini telah menjejaskan imej kerajaan. gejala ini harus dibenteras hingga ke akar umbi agar tidak wujud lagi rasuah di negara kita.

jack berkata...

gejala rasuah di kalangan penjawat awam adalah serius...bukan saja menjejaskan prestasi tetapi juga imej kerajaan...gejala ini juga menyebabkan kepercayaan rakyat kepada kerajaan semakin pudar..haruslah diperangi habis-habisan gejala rasuah ini...

tombolo berkata...

rasuah adalah perbuatan yagn tidak mengkhinati kepercayaan orang ramai. gejalam rasuah harus dibendung. jika ia dibiarkan berleluasa, negara kita boleh musnah. oleh itu.. sama2 lah kita memerangi rasuah..

jack berkata...

terdapat kesilapan pada statistik yang dilaporkan dalam Bernama...pautan berikut merupakan pembetulan yang diberikan oleh CUEPACS yang diterima daripada SPRM.

http://cuepacs.blogspot.com/2010/06/pembetulan-kenyataan-akhbar-mengenai-41.html

2718 berkata...

selepas ini kerajaan perlu berhati2 terutamanya ketika mengagihkan peruntukan. melihat kepada keadaan ekonomi negara sekarang, bukan hanya subsidi, malah rasuah juga boleh meningkatkan hutang negara. perutukkan yang disalurkan perlu digunakan sebaik2nya.

Paquin berkata...

Rasuah, rasuah... hhmmm, bilalah perkataan ni akan hilang dari kamus kehidupan sejagat. huhu

Paquin berkata...

Ya samanda. Penglibatan golongan ni mmg membimbangkan.. Jika hal berterusan, entah apa lah jadi dgn negara kita nanti :(

Paquin berkata...

Betul somboi. Walaupun bukan semua penjawat awam yang mengamalkan rasuah namun gara2 segelintir daripada penjawat awam yang tamak - maka semua pun turut terconteng arang.

Paquin berkata...

Setuju jack. Isu ni harus diperangi habis-habisan bagi memastikan imej kerajaan kekal baik.

Paquin berkata...

Apapun, bagi saya isu ni perlukan kerjasama daripada semua pihak. Jangan bagi rasuah dan jangan terima rasuah...
Hukuman setimpal patut dikenakan supaya jadi pengajaran utk semua pihak.