Ahad, 6 Jun 2010

BELAJAR DARI RAKYAT SABAH TUKAR KERAJAAN

Oleh : HALIK ZAMAN (sabahkini)


Suatu majlis makan malam bersama dua orang Wakil Rakyat PKR, Puan Nurul Izzah Anwar, Ahli Parlimen Lembah Pantai dan Nik Nazmi Ahmad, ADUN Seri Setia, Selangor. Majlis makan malam dianjurkan dengan jayanya oleh PKR Cabang Putatan. Setinggi tahniah diucapkan kepada Ketua Cabang PKR Putatan Ahmad Sah Datuk Sahari dan jawatankuasa cabangnya.

Dalam ucapannya yang serba ringkas mengalu-alukan lawatan dua orang pemimpin muda PKR ke Sabah dan beliau berharap memoga lawatan yang penuh membawa semangat Pakatan Rakyat ini kerapkali diadakan di Sabah.

Mendahului ucapan pada malam itu, YB Nik Nazmi menyatakan bahawa selama ini, PM 1Malaysia dengan bangganya mewar-warkan bahawa Sabah dan Sarawak adalah merupakan satu ‘fixed deposit’ buat Barisan Nasional. Menurut andaian PM 1Malaysia, walau tsunami politik hebat bergelora di Semenanjung, namun rakyat Sabah dan Sarawak akan tetap berdiri di belakang Barisan Nasional.

Namun ‘tilikan’ PM 1Malaysia nampaknya mulai kurang bersinar dengan kekalahan di PRK Sibu baru-baru ini. Padahal Sibu adalah kubu kuat Barisan Nasional yang didakwa sebagai ‘fixed deposit’.

Sikap angkuh UMNO/BN memang merupakan satu tradisi turun-temurun walaupun mereka tahu bahtera UMNO/BN kemegahan mereka sedang meniti hari-hari kiamatnyanya, hanya menunggu hari UMNO/BN akan ‘lebur terkulai layu’ sahaja.

Namun untuk menyedapkan hati masing-masing, maka UMNO/BN berusaha gigih mewar-warkan cerita-cerita dongeng yang Pakatan Rakyat sedang pecah-memecah padahal kerosakan dalaman parti BN yang kian condong menyembah bumi.

Dalam ucapan YB Nurul Izzah, beliau ada menyatakan bahawa-ahli ahli Parlimen yang melompat dan meninggalkan Parti Keadilan itu adalah orang orang yang bermasalah dan kecewa, mereka tidak sanggup jatuh bangun bersama perjuangan Keadilan dan mereka juga dari golongan orang yang tidak mahu menghormati kepercayaan rakyat terhadap diri mereka untuk mewakili Parti Keadilan. Maka anggaplah ketiadaan mereka dalam PKR sebagai satu hikmah kepada semua ahli PKR yang setia.

"Pada kami di Selangor, Penang dan Kedah, untuk menukar Kerajaan dari UMNO kepada Pakatan Rakyat bukan suatu perkara yang sudah diduga, ia bagi kami adalah suatu yang luar biasa, di luar jangkaan tetapi kerana rakyat di negeri-negeri tersebut sudah muak dengan Kerajaan UMNO/BN maka perubahan pun dilakukan oleh rakyat sendiri dalam PRU12 yang lalu," tegas Nurul.

Katanya, kami belajar daripada rakyat Sabah kerana sebelum ini rakyat Sabah mempunyai pengalaman luas untuk menukar Kerajaan daripada Kerajaan USNO/BN kepada Kerajaan BERJAYA/BN dan PBS kini UMNO/BN dan tidak ada sebab mengapa tidak boleh Kerajaan UMNO/BN ditukar kepada Kerajaan Pakatan Rakyat di Sabah kerana UMNO/BN di Semenanjung dan Sabah sama sahaja jenamanya?," sindir Nurul sambil tersenyum.

Nurul menjelaskan, dalam UMNO/BN kini berantakan sama sendiri, mereka sudah saling tidak percaya, wibawa Najib juga sering dipertikaikan oleh ahli ahli UMNO itu sendiri sebab pimpinannya yang tidak dianamik, ekonomi negara menjunam terus, subsidi untuk rakyak bakal dihapuskan, bahananya rakyat akan rasa dalam beberapa bulan lagi. Ketika itu rakyat akan tanya diri sendiri pada siapa yang perlu diundi kalau bukan Pakatan Rakyat?"

6 ulasan:

somboi berkata...

kemenangan PRK di Sibu talah memberi semangat baru kepada PRK untuk menawan Sabah dan Sarawak. samada Sabah dan sarawak yang di anggap sebagai "simpanan tetap" BN akan terus bersama BN ataupun beralih kepada kerajaan baru PKR, itu semua ada ditangan rakyat. kita tunggu ja pada pilihanraya umum ke 13 nanti.

langsat berkata...

Kemenangan tipis PKR di Sibu baru2 ini telah memberi semangat mereka untuk terus berjuang dalam mempertahankan kawasan masing2. Persoalan saya kenapa harus belajar dari sabah untuk tukar kerajaan? Kenapa tidak bersama2 berganding bahu dalam memimpin negeri ini agar lebih maju kehadapan. Ini yang lebih penting....

Tanpa Nama berkata...

pembaharuan tidak semestinya sabah memerlukan kerajaan baru. sabah merupakan kubu kuat BN. apa-apapun, rakyat mempunyai hak memilih pemimpin mereka.

tombolo berkata...

memang sabah memerlukan banyak perubahan, namun ini tidak bererti sabah memerlukan kerajaan baru untuk memerintah mereka..kekalahan BN di Sibu menjadi menjadi iktibar kepada BN untuk menguatkan lagi jentera mereka terutmanya di Sabah dan Sarawak.

pagardawai berkata...

belum tentu PKR ada taring tajam untuk meneruskan perjuangan. rakyat sabah sebenarnya selesa dengan kerajaan yang sediaada. buat apa tukar baju baru..sebab baju lama lebih selesa dipakai sebab sejuk dan tidak gatal!

Lucas berkata...

Anak Anwar kata BN/UMNO sdg berantakan...ambil berat betul dia ni kan...

dia tdk tahu PKR Sabah sendiri pun berantakan, hentam sesama sendiri...pas tu koordinasi antara parti2 pembangkang di sabah jg bersepah sana sini, tdk tahu boundaries masing2...

Jeffrey Kitingan pun kelihatan mula malas dgn PKR...ada jg beliau membayangkan akan keluar dari parti tersebut...

boleh kata anak anwar ludah ke langit, lepas tu ludah tu balk ke muka dia pula...

bla, bla, bla....