Selasa, 15 Jun 2010

Bekas Pemuda MIC Mula Saman Pemegang Amanah MIED

FREE MALAYSIA TODAY


36c1156b84fac4e47aa576de8f9bee2f.gif KUALA LUMPUR: Institut Pembangunan Pendidikan Maju (MIED) kini dibenarkan menyaman pengerusi dan lapan pemegang amanah lain bagi dakwaan salah urus sehingga menyebabkan kerugian kewangan.

Pemegang amanah tersebut termasuklah Presiden MIC Datuk Seri S Samy Vellu dan Datuk G Palanivel.

Pesuruhjaya Tinggi Kehakiman Mah Weng Kwai membenarkan permohonan bekas Ketua Pemuda MIC A Vigneswaran untuk menamakan MIED sebagai plaintif dalam cadangan pendakwaanya.

Vigneswaran, yang merupakan seorang anggota MIED, memohon kebenaran mengikut ketetapan Seksyen 181A Akta Syarikat 1965 yang memperuntukkan pihak-pihak yang mahu dinamakan bagi pihak syarikat sebagai plaintif dalam saman itu, perlu mendapatkan kebenaran daripada mahkamah untuk berbuat demikian.

Pada 14 April, mahkamah menolak bantahan awal badan itu terhadap permohonan Vigneswaran bagi kebenaran untuk memulakan saman itu.

Peguamnya, A. Vasanthi, memberitahu pemberita bahawa mahkamah membenarkan permohonan Vigneswaran atas alasan wujud kes ‘prima facie’ terhadap pemegang amanah dan pesalah laku lain.

Beliau berkata anak guamnya mempunyai 30 hari untuk memfailkan writ saman itu.

Dalam cadangan samannya, Vigneswaran menamakan MIED sebagai plaintif dan pengerusi serta lapan pemegang amanah MIED sebagai defendan.

Tiada ulasan: