Khamis, 24 Jun 2010

Azmin: Agamawan Sertai Umno Jejas Institusi Ulama


TV SELANGOR


Penyertaan golongan agamawan dalam gagasan Umno-Barisan Nasional hanya akan menjejaskan integriti institusi ulama tanahair.

Ahli Parlimen Gombak, Azmin Ali berkata rakyat tidak mungkin menerima persekongkolan golongan cerdik pandai dan agamawan dengan parti yang mempertahankan politik rasis, rasuah dan judi sukan sebagai gaya hidup.

Beliau berkata demikian mengulas spekulasi adanya usaha untuk menarik bekas Mufti Perlis Dr Asri Zainul Abdin ke dalam Umno.

“Ianya tidak menjejaskan Pakatan Rakyat, sebenarnya ia akan menjejaskan institusi ulamak dan tokoh-tokoh agama itu sendiri sebab persepsi umum khususnya termasuk orang-orang Melayu, kita tidak memahami bagaimana tokoh agama boleh menyertai sebuah parti yang sudah rosak yang bergelumang dengan rasuah dan penyelewengan,” katanya.

Beliau berkata saf ulama Umno yang berdiam seribu bahasa ketika negara dihadapkan dengan isu rasuah, judi sukan dan Apco Worldwide adalah bukti jelas golongan agamawan dipergunakan untuk kepentingan tertentu.

“Lihat saja dalam kes pertaruhan bola sepak, mana mufti yang telah membuat kenyataan terbuka menegur pimpinan sedia ada, di mana tokoh-tokoh agama yang membuat kenyataan terbuka ini amat menyinggungkan perasaan umat Islam kerana kita mengharapkan ulamak dan tokoh-tokoh agama ini dapat memainkan peranan yang penting bukan soal diri mereka di dalam politi,” katanya.

Tiada ulasan: