Khamis, 3 Jun 2010

AIR ASIA HIDANG MAKANAN BASI?

BASI.... Sarina menunjukkan nasi yang kelihatan menarik dan menyelerakan tetapi basi.

Oleh: MOHD NOOR WAHID (MNW)


SYARIKAT Penerbangan Tambang Murah, Air Asia disaran meningkatkan kualiti makanan dan mempelbagaikan hidangan yang dijual kepada para penumpang di udara kerana kecuaian mereka dalam sistem kawalan kualiti makanan menyebabkan makanan yang disajikan basi dan membahayakan penumpang.

Penumpang Air Asia yang menaiki penerbangan AK6026 daripada Lapangan Terbang Bayan Lepas, Pulau Pinang pada jam 9.05 malam semalam, Sarina Abdul Ganih menghubungi Sabahkini.net sebaik sahaja mendarat di Lapangan Terbang Tambang Murah (LCCT) Terminal 2, Kota Kinabalu pada jam 12.08 pagi tadi untuk memaklumkan aduannya.

“Saya memesan Sweet and Sour Vegetarian Rice daripada pramugari. Setelah menyuap beberapa sudu saya terhidu bau basi. Saya panggil pramugari tetapi dia kata memang begitu bau sweet and sour. Tetapi saya tidak puas hati dan memanggil dia cium nasi tersebut. Akhirnya dia akui memang basi dan mempelawa saya menukar dengan makanan lain,” kata Sarina yang kesal kerana sistem kawalan mutu yang lemah menyebabkan beliau hampir keracunan makanan jika tidak memuntahkan semula nasi basi tersebut.

Menurut Sarina, pengalaman makan nasi basi yang kelihatan cantik di atasnya menyebabkan beliau serik untuk memesan juadah yang dihidangkan pada masa akan datang melainkan Air Asia memberi jaminan juadah yang disediakan berkualiti setanding dengan harganya.

Sarina menyarankan agar Air Asia memilih menu yang tidak berkuah atau memastikan nasi yang dihidang dibungkus sebelum penerbangan dan tidak membiarkan ianya semalaman kerana kemungkinan basi adalah besar disebabkan persekitaran penyediaan makanan yang mungkin tercemar.

“Saya harap perkara ini tidak berulang dan kalau boleh Air Asia benarkan para penumpang membawa makanan mereka sendiri jika gagal menaiktaraf sistem kawalan mutu makanan,” ujar Sarina yang terpaksa menggunakan Air Asia untuk ke Kota Kinabalu kerana ada urusan yang perlu diselesaikan segera.

10 ulasan:

langsat berkata...

Saya setuju sangatlah apa yang telah diterangkan dalam artikal ini. pihak Air Asia harus dikenakan tindakan sewajarnya kerana menghidangkan makanan yang sudah basi. Ini kerana, termakan makanan basi boleh menyebabkan keracunan makanan.

POP berkata...

Makanan yang kelihatan cantik dan sedap tapi basi. Memang kecewa dengar berita ini. Jika pelancong mengetahui tentang ini, apa akan menjadi pandangan mereka?

Paquin berkata...

Ya la nampak sedap oo.. Tapi tak sangka basi. huhuhu.
Kalau hal ni betul, so rasanya AA patut ambil serius hal ni. Selain tu AA juga mungkin boleh pertimbangkan cadangan Sarina.. mana tau berkesan :)

Paquin berkata...

Betul tu drupia.. Tapi kalau aku ni, macam tiada kesan ba kalau makan nasi yang tak ketara betul basi. hehhee
kalau basi tahap dewa, mungkinlah ICU terus. hahaa

Paquin berkata...

Apapun, hal ni dipastikan agar tak berlaku lagi.. Nanti malu pula aklau pelancong yang kena..

tombolo berkata...

ya.. Air Asia sepatutnya berhati2 semasa menghidangkan makanan, mereka harus memastikan makanan itu masih elok ataupun tidak sebelum dihidangkan. klu ada penumpang yang keracunan makanan,bukanlah ini akan menjejaskan imej Air Asia.

somboi berkata...

perkara ini memang menjejaskan imej Air Asia, Air Asia perlu meningkatkan lagi mutu perkhidmatan mereka. sudahlah makanan mahal, lepas tu basi, air asia perlu memperbaiki kesilapan mereka ini.

Tanpa Nama berkata...

harap AA dpt memperbaiki mutu perkhidmtan lepas ni. perkara seprti ini tidak seharusya berlaku.

2718 berkata...

kecuaian seperti ini tidak patut berlaku kepada syarikat2 perkhidmatan yang bertaraf international. mereka patut sedar bahawa mereka berhadapan dengan masyarakat seluruh dunia. diharapkan pihak pengurusan Air Asia dapat mengambil langkah2 mempertingkatkan kualiti perkhidmatan mereka.

2718 berkata...

perlu lebih ramai individu yang sedang atau telah mengalami perkara yang sama seperti Sarina tampil membuat aduan. bukan bertujuan untuk menjatuhkan mana2 agensi atau syarikat, tapi untuk kebaikan rakyat dan negara. aduan seperti ini perlu dilihat sebagai asas kepada mereka untuk lebih berdaya saing.