Khamis, 24 Jun 2010

Ahmad Said Hanya Jaga Tiga Orang Cina

Hj Hanafiah Mat

http://buletinonline.net/images/stories/berita27/P1200840.JPGSaya mengalu-alukan kedatangan 40 orang ahli-ahli Dewan Himpunan Penyokong PAS Perak yang berhajat untuk menziarahi Tok Guru Presiden PAS di rumahnya di Rusila.

Malangnya, saya kesibukkan untuk bersama-sama meraikan tetamu-tetamu tersebut.
Walaupun Tok Guru Presiden tidak ada, keraian yang baik telah diberikan oleh PAS Kawasan Marang dengan kehadiran dan ucapan oleh YDPnya Haji Yahaya Ali yang juga Setiausaha Perhubungan PAS Terengganu.

(Gambar - Haji Yahaya Ali, berucap meraikan kehadiran tetamu dari DHPP Perak)


Encik Ng Chai Hing juga turut hadir meraikan sahabat-sahabatnya yang datang dari jauh.


Dewan Himpunan Penyokong Pas Pusat (DHPPP) akan mengadakan mesyuarat pada 4hb Julai depan di Pejabat Agung PAS.

Antara agenda penting yang akan dibincangkan adalah penubuhan jawatan kuasa sekreteriat bagi melaksanakan tugas-tugas harian DHPPP.

Dengan membuka pejabatnya di Pejabat Agung PAS, DHPPP perlukan seorang pegawai sepenuh masa.

Akan turut menjadi perbincangan adalah majlis-majlis perasmian dan pelancaran DHPP di peringkat negeri-negeri, temasuk di negeri Terengganu

Saya yang diamanahkan sebagai Pengerusi Lujnah Perpaduan Nasional peringkat negeri mnanti-nanti tarikh tersebut.

InsyaAllah, ahli-ahli DHPP yang sangat setia akan menjadi pemangkin kepada kemenangan PAS dalam PRU akan datang.

Sebagaimana kata-kata Hu Pang Chiaw, ketika beliau menziarahi kematian emak kepada Datuk Siaw, salah seorang tokoh Tionghua tempatan yang disegani di Kemanan dan mempunyai keluarga besar.

Hu Pang Chiaw berkata, Datuk Siaw berpendapat, perbalahan yang berlaku diantara dua jaguh kampong Terengganu, di antara Dato’ Ahmad Said dengan Dato’ Idris tiada jalan penyelesaian.

Masing-masing sombong dan hanya menjaga puak masing-masing, dan rakyat ditinggalkan.

Ahmad Said sibuk menjaga si Tikus dan Si Lembu dan ‘peliharaan’ Ahmad yang terbaru adalah Si Ayam.

Tiada ulasan: