Sabtu, 5 Jun 2010

88 kematian akibat H1N1

BERITA HARIAN ONLINE


KUALA LUMPUR: Sebanyak 88 kes kematian terkumpul akibat Influenza A (H1N1) dikesan sehingga pagi semalam termasuk satu membabitkan seorang pelajar remaja perempuan tanpa faktor risiko berusia 14 tahun berasal dari Perak.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Ismail Merican, berkata hasil laporan pakar perubatan dan keputusan ujian klinikal mengesahkan penyebab kematian mangsa terbaru itu ialah severe bilateral pneumonia berpunca daripada jangkitan virus H1N1.

“Sehingga semalam, sebanyak 48 kes baru disahkan menjadikan jumlah terkumpul kes H1N1 setakat ini berjumlah 14,912 kes, manakala untuk pemantauan kes serupa influenza (ILI) yang dirawat di dalam wad hospital di seluruh negara berjumlah 532 kes dan 76 kes atau 14.3 peratus disahkan positif H1N1,” katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.

Tiada ulasan: