Isnin, 17 Mei 2010

SAMBUTAN KAAMATAN SONGSANG DI BELURAN?

Oleh: TULUN TINARU


PERAYAAN Pesta Menuai peringkat daerah Beluran yang diadakan di daerah kecil Paitan dalam Dewan Undangan Negeri Sugut dan dirasmikan oleh Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Dr. Ewon Ebin, meninggalkan kesan yang negatif; bukan sahaja terhadap penduduk setempat, tetapi juga terhadap seluruh masyarakat yang datang dari segenap pelusuk daerah Beluran.

Perayaan Pesta Menuai atau Pesta Kaamatan merupakan satu tradisi budaya yang melambangkan adat masyarakat orang asal Sabah yang perlu dipelihara berterusan agar identiti sesuatu bangsa tidak lesap ditelan zaman.

Berdasarkan tema Kaamatan, 'Kepelbagaian Kebudayaan Teras Keharmonian'; namun budaya 'memberi dan menerima' tidak lagi wujud di majlis perayaan ini kerana ramai rakyat yang kelaparan disebabkan kerajaan gagal menyediakan juadah atau makanan; pertama kali dalam sejarah Kaamatan Sabah sehingga Krew Sabahkini.net mengalami renjatan budaya Kaamatan anjuran kerajaan yang membiarkan rakyat kelaparan sementara menunggu kemuncak aturcara.

Paling mengejutkan, Datuk Dr. Ewon Ebin telah meningalkan majlis sebelum kemuncaknya kerana mungkin terasa lapar? Ataupun adakah YB sahaja yang mendapat makan ketika itu?

Krew Sabahkini.net telah menemuramah banyak individu yang telah meluahkan kekecewaan terhadap Anjuran Pesta Kaamatan yang dikawal selia Datuk Ewon Ebin, Datuk Ronald Kiandee, Tan Sri Michael Asang, Datuk Suradi Kayung, Rajibi Hj. Aman (Pegawai Daerah), Medin Masando (Penolong Pegawai Daerah) dan AJKnya, kerana gagal mempertahankan satu-satu adat am masyarakat orang asal Sabah iaitu yang paling penting dalam kehidupan adat, 'jangan biarkan tetamu kelaparan'.

9 ulasan:

tombolo berkata...

perkara seperti ini tidak seharusnya berlaku dalam sesuatu majlis.. pihak penganjur seharusnya bijak dalam mengatur perayaan ini.. ini menunjukkan pengurusan majlis yang tidak sistematik.. diharap perkara seperti ini tidak berulang lagi pada masa akan datang.

karaabau berkata...

perkataan 'songsang'pada tajuk artikel tidak sesuai digunakan..perkataan yang sesuai digunakan adalah 'tidak memuaskan'...diharap pembaikan dapat dilakukan kerana menimbulkan salah faham...

somboi berkata...

mungkin ada penjelasan disebalik perkara ini. diharap pihak penganjur daapt memberi penjelasan sewaajrnya mengenai hal ini. mereka lebih bijak dalam mengatur seseautu acara pada masa akan datang

Ted Medresher berkata...

penganjur perlu buat perancangan yang teratur bagi keseluruhan perjalanan majlis tersebut. pesta kaamatan merupakan perayaan utama bagi suku kaum terbesar di sabah dan kegagalan seperti ini tidak patut berlaku. jadikan ini sebagai pengajaran agar lebih berhati2 dikemudian hari.

Ted Medresher berkata...

setiap perayaan perlu kita hormati agar tidak menimbulkan kemarahan terutamanya kaum yang empunya perayaan tersebut. sambutannya perlu lebih meriah sesuai dengan peranannya menyatukan kaum seluruh sabah dan sebagai warisan lambang kebudayaan turun temurun.

Ted Medresher berkata...

saya setuju dengan karaabau.. tajuk tidak sesuai dengan artikel dimana tajuk lebih mengambarkan sesuatu yang terrible seolah2 pesta kaamatan terkeluar dari landasan sebenar. perlu diperbetulkan agar tidak menimbulkan salah faham..

somboi berkata...

ini mungkin berlaku kerana perancangan yang tidak teratur. pengancur seharusnya tahu dalam mengatur prototol dala msesuatu acara. ketiadaan juada telah menimbulkan perasaan tidak puas hati dikalangan ramai pihak.. diharap mereka dapat membetulkan kesilapan ini pada perayaan akan datang.

Lucas berkata...

sabahkini.net x brita lain...brita x makan pun nak siarkan jg??ini betul2 ketara mahu jatuhkan /burukkan nama pemimpin...betul2 tiada isu nii...

POP berkata...

Memang semua tak betul!! Salah.Salah.Salah!!!