KUALA LUMPUR : Umno dan Barisan Nasioanal(BN) cuba memperbodohkan rakyat Sibu dengan memasang tiang elektrik sebelum Pilihanraya Kecil (PRK) Sibu tidak lama lagi.
"Segala apa yang mereka dapat adalah tanggungjawab pihak Kerajaan yang memerintah. Sama ada pakatan atau Barisan Nasional (BN) yang memerintah, rakyat berhak mendapat bantuan yang lebih dan bukan sekaradar tiang elektrik sahaja.
"Mereka juga berhak untuk tuntut tarif elektrik diturunkan. Pasang tiang banyak-banyak, tapi tarif elektrik makin tinggi pun tak guna," kata Timbalan Pemuda PAS, Wilayah Persekutuan, Herman Samsudeen kepada erapakatan.com.
Menurut beliau, di dalam sistem demokrasi, rakyat adalah tuan kepada Kerajaan dan bukannya kerajaan yang harus berlagak sebagai tuan dan menjalankan pemerintahan sesuka hati.
"Rakyat bukan hamba tetapi kerajaan adalah kuli. Itulah definasi ringkas demokrasi," kata Herman.
Bagi Herman, hasil titik peluh rakyat bukan sahaja perlu dibalas dengan tiang elektrik tetapi mereka juga berhak mendapat lebih baik daripada itu.
Kerajaan juga perlu menghormati rakyat sebagai pengundi dan tidak menjadikan pembangunan sebagai modal ugutan kepada rakyat setiap kali pilihan raya diadakan.
"Kita sendiri boleh lihat, selepas Pilihan Raya Umum (PRU) 2008, BN begitu bersungguh buat kerja pembangunan. Ini berbeza dengan sebelum ini.
"Bila mereka dapat majoriti 2/3 di Parlimen mereka boleh berlagak. Separuh sahaja wakil rakyat mereka yang hadir sidang Parlimen sedang yang lain sibuk main Golf.
"Rakyat di kawasan mereka hanya dijenguk masa Pilihanraya hampir tiba," tegas Herman.
Herman meminta rakyat khususnya di Sibu mengambil peluang setiap kali pilihan raya untuk menunaikan hak rakyat.
Rakyat dinasihatkan tidak membiarkan BN menganggap rakyat sebagai hamba kepada kuasa mereka.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan