SIBU Kempen piihanraya kecil parlimen Sibu masih perlahan tetapi momentumnya sudah mula kelihatan.
Saingan utama di kawasan bandar iaitu Pelawan dan Nangka di mana terdapat 36,389 pengundi Cina atau 66.7 peratus dari jumlah 54,695 pengundi.
Pengundi Melayu-Melanau pula ialah seramai 5,740 orang, lapur Bernama.
Sebenarnya, kawasan luar bandar ini mempunyai 110 rumah panjang dan mempunyai 12,050 pengundi kaum Iban.
Jumlah itu mungkin kecil tetapi jumlah pengundi pos seramai 2,537 orang sesuatu yang mahu direbut dalam saingan tiga penjuru itu.
Pilihanraya kecil parlimen Sibu ini merupakan saingan antara calon Barisan Nasional (BN), Robert Lau Hui Yew daripada Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP) dan calon DAP, Wong Ho Leng, yang juga ahli Dewan Undangan Negeri Bukit Assek serta Narawi Haron, calon bebas.
Sabtu lalu adalah hari penamaan calon, manakala Ahad ini hari mengundi.
Sepanjang lima penggal sebagai ahli parlimen Sibu, mendiang mendapat undi yang banyak dari pengundi Iban dan Melayu-Melanau.
Dalam pilihanraya kecil kali ini, perkara sama mungkin berlaku kepada penggantinya , Robert Lau Hui Yew, 48.
Pembantu rapat kepada Adun Bawang Asan, Datuk Seri Wong Soon Koh, satu daripada tiga DUN di bawah parlimen Sibu telah bekerja di kawasan ini bagi menghadapi pilihanraya negeri akan datang.
"Tetapi dengan kematian yang tidak disangka, kami diberitahu supaya membuat persediaan bagi pilihanraya ini," kata Johnny Weis Engkamat, 60.
Beliau dan kumpulannya telah menghabiskan masa selama dua minggu untuk melawat 110 rumah panjang di kawasan DUNnya.
Menurut Engkamat, tiada sebab pengundi rumah panjang tidak menyokong kerajaan.
"Mendiang Datuk Robert Lau telah berkhidmat dengan baik dan mereka masih mempunyai perasaan yang baik terhadapnya. Datuk Seri Wong juga popular di sini," katanya.
Presiden Parti Rakyat Sarawak (PRS) Datuk Seri Dr James Jemut Masing, bagaimanapun memberi amaran jangan ambil mudah terhadap Dayak. "Mereka menjadi rebutan dalam pilihanraya kecil ini. Ramai orang yang cuba mengambil mereka, jadi kehadiran BN hendaklah dikekalkan," katanya.
BN negeri membawa pemimpin besar untuk mendapatkan pengundi kaum Iban, antaranya Ketua Publisiti PRS Datuk Joseph Salang Gandum yang juga timbalan menteri penerangan, komunikasi dan kebudayaan dan Naib Presiden SPDP, Jelaing Mersat yang juga timbalan menteri dalam negeri.
DAP pula membawa Adun Kidurong Chew Ching Sing yang boleh bercakap dalam bahasa Iban dan ketua DAP Sri Aman, Leon Jimat Jimmy.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan