Khamis, 20 Mei 2010

MyKad: JPN hanya boleh tukar nama, bukan status Islam

BERNAMA

PUTRAJAYA — Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Datuk Alwi Ibrahim berkata JPN perlu mendapat kebenaran daripada Mahkamah Syariah dan Jabatan Agama Islam untuk meminda status agama Islam dalam MyKad.

Beliau berkata mengikut Akta Pendaftaran Negara, JPN hanya boleh membuat pindaan pada nama dan bukannya status agama Islam dalam kad pengenalan diri itu.

“Kalau untuk pindaan (status) agama, kena mendapatkan kebenaran dari Pejabat Agama atau Mahkamah Syariah. Apa sahaja yang mereka putuskan, kami akan ikut,” katanya kepada pemberita selepas majlis Anugerah Khidmat Cemerlang JPN di sini hari ini.

Alwi berkata demikian ketika diminta mengulas tindakan sesetengah ahli politik yang mendaftarkan para pengundi sebagai beragama Islam hanya berdasarkan nama mereka yang mempunyai bin atau binti dalam MyKad semasa pilihan raya kecil Parlimen Sibu, Sarawak Ahad lepas.

Meletakkan bin atau binti pada nama anak-anak mereka adalah perkara lazim untuk para penduduk bukan beragama Islam di Malaysia Timur sehinggakan anak-anak itu sering disalah tafsir sebagai beragama Islam.

“Saya harap masyarakat faham akan tugas dan tanggungjawab JPN. JPN berperanan untuk merekod dan mendaftarkan dokumen berdasarkan prosedur dan peraturan yang telah ditetapkan, jadi kita berharap masyarakat faham tugas dan tanggungjawab kami supaya ia tidak disalah tafsir,” katanya .

Dalam perkembangan lain, beliau berkata bagi tempoh pentengahan Januari hingga April tahun ini, lebih 15,000 keping MyKad masih belum dituntut oleh pemilik masing-masing.

Alwi juga berkata JPN akan membuat permohonan mendapatkan peruntukan dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10) bag membeli mesin pencetak dan beberapa peralatan lain agar tempoh mencetak MyKad dapat dipercepatkan.

“Setakat ini kalau di ibu pejabat, masa yang diperlukan cuma sehari tapi bagi negeri-negeri terutamanya Sabah dan Sarawak, masanya lebih panjang sehingga 10 hari. Ini kerana proses pembuatan MyKad atau MyKid adalah berpusat di ibu pejabat JPN. Matlamat kita ialah kalau boleh, sehari untuk seluruh negara dan MyKid dikeluarkan serentak bersama sijil kelahiran,” katanya.

20 ulasan:

tombolo berkata...

perkataan Bin atau Binti bukanlah untuk orang islam sahaja. ia juga digunakan oleh penduduk bukan islam khusunya penduduk di Malaysia Timur (Sabah dan sarawak). kekeliruan seperti ini tidak seharusnya timbul.. kerana terdapat prosedur lain untuk menentukan status agama seseorang. bukan berdasarkan bin atau binti

karaabau berkata...

oleh demikian, JPN harus mengelakkan kesilapan seperti ini pada masa akan datang...kesilapan ini adalah mencabul hak seseorang dalam kebebasan agama...kakitangan JPN juga harus diberi latihan dan taklimat mengenai perkara ini agar mereka sensitif dan fokus ketika memproses MyKad atau MyKid atau surat lahir/mati seseorang...JPN juga harus faham dan sensitif masalah yang dihadapi oleh rakyat ini...bukan hanya masyarakat sahaja yang perlu faham kerja JPN...jangan lah meletakkan status agama yang berlainan seperti yang diberikan oleh pemohon akibat kekeliruaan penggunaan BIN atau BINTI pada nama mereka...tidak bermaksud seseorang itu beragama islam hanya berdasarkan kepada BIN atau BINTI pada nama mereka...diharap perkara ini segera diselesaikan kerana menyusahkan rakyat...

karaabau berkata...

jika nama seseorang itu tiada dalam rekod Jabatan agama Islam, maka status agama pada MyKad mereka harus diperbetulkan...penggunaan BIN atau BINTI adalah lazim bagi penduduk negeri sabah dan sarawak..fenomena ini sepatutnya disedari oleh kakitangan JPN...nmpknya JPN harus meningkatkan mutu perkhidmatan mereka..kesilapan ini seharusnya tidak boleh berlaku kerana melibatkan peribadi dan hak orang lain..harap kesilapan status agama di MyKad terutama bagi rakyat sabah dan sarawak segera diperbetulkan..

karaabau berkata...

kepada mereka yang menghadapi masalah status agama yang berlainan pada MyKad, segera berjumpa dengan kakitangan JPN di pejabat2 JPN yang berhampiran untuk rekod agar dapat diperbetulkan...diharap agar karenah birokrasi dapat dikurangkan dalam proses pembetulan status agama itu nanti kerana akan menambahkan kesulitan dan kesusahan kepada rakyat untuk melakukan sesuatu urusan seperti kematian dan kelahiran seseorang...

tombolo berkata...

kekelituan terhadap staus agama seseorang tidak harus imbul hanya disebabkan perkataan Bin atau Binti.. kerana perkataa n ini bukan untuk orang islam sahaja.. pihak JPN harus lebih berhati-hati dalam memberi status agama seseorang dalam MYkad.

2718 berkata...

pengunaan Bin atau Binti adalah kebiasaan. tidak bermakna individu itu adalah islam. oleh itu tiada masalah timbul berkenaan dengan status hanya kerana kedua2 istilah tersebut. namun, mana2 individu yang masih ragu2 dengan status mereka, rujuklah mana2 JPN yang terdekat.

2718 berkata...

isu ini tidak perlu dipolitikkan dan tidak perlu diperbesar2kan. JPN mempunyai prosedur dan peraturan mereka sendiri yang hanya tertakluk dalam bidang kuasa mereka. diharapkan semua pihak barhati2 dengan tidak menilai agama seseorang hanya berdasarkan istilah Bin atau Binti.

polemic berkata...

Actually perkara ini tiada masalah...kalau JPN mencatatkan agama yg salah dalam I/C, bawa segala bukti yg menunjukkan agama kita ke JPN terdekat & jumpa pegawainya...mereka pasti akan bantu...cuma Red tape tu kalau boleh diminimakan agar setiap isu, masalah atau proses dapat diselesaikan secepat mungkin...

somboi berkata...

isu ini bukanlah isu yang serius sangat, kesilapan ini perlulah diperbetulkan oleh JPN. diharap selepas ini JPN akan lebih berhati-hati semasa membuat mykad agar masalah ini tidak berlaku lagi.

Tanpa Nama berkata...

nampaknya pertukaran status agama islam hanya dibuat di Mahkamah Syariah dan Jabatan Agama Islam. JPN tidak boleh membuat pertukaran nama sahaja. nampaknya bagi sesiapa yang mempunyai masalah mengenai status agama islan hendak datang ke Mahkamah Syariah dan Jabatan Agama Islam. diharap selepas ini JPN tidak lagi mengulangi kesilapan mengenai status agama semasa membaut mykad.

songkilou berkata...

Kesalahan yang masih boleh diperbaikki....

Unknown berkata...

Kesilapan yang masih boleh diperbaiki tapi kalau boleh secepat mungkin kerana kesilapan sebegini telah banyak menyusahkan rakyat..

POP berkata...

Susah nak tengok bila seorang RC perlu dikubur dengan cara Islam. Jangan janganlah perkara ini berlaku lagi, memang akan musnah seseorang.

karaabau berkata...

jadi, apakah prosedur yang harus dilakukan oleh seseorang pemohon untuk menukarkan status agama di MyKad yang berpunca daripada kesilapan JPN? pihak JPN seharusnya memberikan 'guideline' yang betul/jelas agar pemohon dapat menukarkan status agama mereka dan bukannya sekadar melepaskan batuk di tangga...diharap pihak JPN dapat memberikan petunjuk yang lebih jelas lagi untuk kesejahteraan semua...

pagardawai berkata...

sememangnya bin atau binti ini yang hanya unik di sabah tidakperlu dipersoalkan. memang jpn tiada hak tukar status agama. individu itu yang harus tukar agama dan tiada kena mengena dengan JPN. saya harap isu remeh-remeh begini janganlah dibesar-besarkan sebab isu kecil begini kalau dipolitikkan akan membangkitkan kemarahan rakyat

North Borneo is a country berkata...

Penipu laa! Org d JPN yg pandai2 tambah itu BIN & BINTI spy nampak mcm byk org Islam d Sabah/Sarawak. Saya dari Sabah. Masa kena buat IC dulu, mom saya x letak 'bin' dlm borang tp kerani tu pandai2 tambah. mentang2 kami kurang terdidik dulu, senang2 saja ambil kesempatan.

North Borneo is a country berkata...

org Sabah yg cinta dgn negara sendiri saja yg akan kaji & lawan pnipuan2 pemimpin2 dr malaya.

Bordand Junior berkata...

If nak buat penukaran name sendiri bolehke?

Unknown berkata...

Tapi menunggu keputusan dari jabatan agama islam sangat lah lama.tempoh yang sangat lama.

Unknown berkata...

Tapi menunggu keputusan dari jabatan agama islam sangat lah lama.tempoh yang sangat lama.