KUANTAN – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kerdau, Datuk Zaharuddin Abu Kassim yang dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) akibat komplikasi jantung semalam, dilaporkan stabil.
Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob berkata, Zaharuddin, 63, masih mendapatkan rawatan lanjut di IJN selepas dipindahkan dari Hospital SUltan Ahmad Shah (Hoshas) Temerloh semalam.
‘‘Saya perlu menjelaskan keadaan kesihatan beliau (Zaharuddin) bagi menghilangkan pelbagai spekulasi yang digembar-gemburkan pihak tidak bertanggungjawab.
‘‘Selepas menjalani pembedahan akibat penyakit ulser, terdapat sedikit komplikasi yang membabitkan buah pinggang, air dalam paru-paru dan gangguan pada jantung.
‘‘Semalam beliau telah dibawa ke IJN untuk mendapatkan rawatan lanjut,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Kecemerlangan Pendidikan Pahang di Yayasan Pahang di sini hari ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan