Rabu, 21 April 2010

Zaid siapkan bangunan Umno Kota Bharu

Muhd Yusri Amin


KOTA BHARUl: Bangunan Umno Kota Bharu yang tersergam indah di Jalan Sultanah Zainab di sini berjaya disiapkan Datuk Zaid Ibrahim ketika menerajui Umno bahagian tersebut pada 2001.

Sebelum itu, bangunan berkenaan terbengkalai sejak berpuluh tahun.

Bangunan setinggi tiga tingkat itu mengandungi dewan yang boleh memuatkan sehingga 800 orang, bilik mesyuarat (100 orang) dan pejabat.

Semalam, beberapa ahli Umno berdemonstrasi menuntut Zaid menyerahkan bangunan tersebut kepada mereka.

Menurut jurucakap Umno, Zaid pernah menawarkan Umno Bahagian Kota Bharu membayar balik sebanyak RM8 juta sebagai kos menyiapkan bangunan tersebut.

Pada 11 Febuari lalu, Setiausaha Umno Kota Bharu, Zulkifli Abdul Ghani membuat laporan polis terhadap Zaid dengan mendakwa tapak dan bangunan itu akan dijual.

Tiada ulasan: