Ahad, 25 April 2010

Wanita Umno Didakwa Edar Kad Pengenalan

SUARA KEADILAN


KUALA KUBU BAHARU - Petugas Wanita Umno didakwa sedang mengedarkan kad pengenalan kepada pengundi kaum India di Kelab Golf Serendah menurut maklumat yang diterima Suara Keadilan.

Pihak polis telah dimaklumkan oleh Bilik Gerakan Utama KEADILAN untuk segera menyiasat dakwaan ini.

Pengundi hantu juga dikatakan berkeliaran dalam jumlah yang ramai di pusat mengundi di seluruh kawasan Parlimen Hulu Selangor terutamanya di kawasan Dewan Undangan Negeri Batang kali dan Kuala Kubu Baharu.

Suruhanjaya Pilihan Raya melaporkan setakat pukul 11 pagi 38.21 peratus daripada jumlah 64,500 pengundi berdaftar di Hulu Selangor telah keluar mengundi sejak pukul 8 pagi tadi.

Tiada ulasan: