Rabu, 21 April 2010

Umno Perkenalkan Kamalanathan sebagai 'Kamal', 'Alan', 'Nathan' Tipu Pengundi

Oleh Faizal Ezzany


KUALA KUBU BAHARU - Umno-Barisan Nasional yang menggunakan taktik serangan peribadi terhadap calon Pakatan Rakyat, Datuk Zaid Ibrahim kini merubah strategi kotor apabila tidak dilayan oleh rakyat Hulu Selangor yang matang politik.

Umno-BN terpaksa turun menemui pengundi dengan memberi penerangan kepada pengundi tentang calon mereka walaupun dilakukan dengan separuh hati dan langkah ini dilihat sebagai talian terakhir Umno untuk menarik pengundi terutamanya penduduk yang tinggal di kawasan kampung.

Maklumat yang diperolehi dari peneroka Felda mengatakan mereka diberi keterangan oleh Umno bahawa calon yang bertanding dalam pilihan raya kali ini bagi pihak mereka adalah 'Encik Kamal' dari Barisan Nasional bukannya P Kamalanathan.

"Orang Umno datang jumpa peneroka di sini cakap calon mereka adalah Encik Kamal dan kami tidak tahu siapa calon yang sebenarnya, kalau macam ini kerja Umno memang mereka ini penipu.

"Kami harap Umno kalau betul-betul nak bertanding jangan kelirukan rakyat jangan tipu macam tu," kata seorang peneroka.

Pengarah Pilihan Raya KEADILAN, Fuziah Salleh menjelaskan itulah sikap Umno yang dilihat telah terdesak dalam perjuangan mereka.

"Kita tahu memang Umno-BN akan melakukan kerja kotor macam itu, mereka akan mengelirukan rakyat dengan cara yang sedemikian. Umno kali ini terpaksa menggunakan gambar

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yangb memakai songkok dan diletakkan di tempat pengundi yang majoriti orang Melayu.

"Umno tidak pernah menerangkan secara terperinci tentang calon mereka, menggunakan nama Encik Kamal di tempat pengundi Melayu menggunakan nama Mr Alan untuk pengundi Cina dan Mr Nathan untuk pengundi India.

"Kepada peneroka yang tidak membuat penelitian tentang calon ini akan terus terpedaya dengan penipuan Umno dan menyebabkan mereka akan membuat pilihan yang salah," jelas beliau.

Fuziah juga menekankan jentera KEADILAN akan terus mendekati pengundi bagi memberi penjelasan yang sebenar tentang calon Pakatan Rakyat, selain menjelaskan siapa sebenarnya calon BN.

"Jentera kita akan terus bergerak dalam membuat penerangan tentang perkara tersebut, kita akan terangkan siapa Zaid yang sebenarnya dan berharap pengundi dapat menilai siapa yang lebih layak," jelasnya lagi.

Tiada ulasan: