Sabtu, 10 April 2010

Umno Hina Sultan Perak 'Arah' Tarik Gelaran

SUARA KEADILAN

KUALA LUMPUR - Umno Barisan Nasional didakwa menghina institusi raja apabila meminta Sultan Perak menarik gelaran yang dianugrahkan kepada Ahli Dewan Undangan Negeri Pasir Panjang, Datuk Seri Nizar Jamaluddin serta ADUN Sitiawan, Datuk Ngeh Khoo Ham.

"Umno-Barisan Nasional takut berdepan dengan Pakatan Rakyat dengan tidak menjawab isu-isu yang dibangkitkan umpamanya kenapa 35,000 ekar tanah diberikan kepada syarikat Rahman Hydraulic Tin Sdn Bhd dan pemberian balak di negeri Perak yang diberikan tanpa melalui sistem tender terbuka.

"Semasa kita mengambil alih kerajaan dahulu semua baki balak kita berikan secara tender terbuka tetapi apabila dalam tempoh tiga bulan Umno-BN merampas Perak dari Pakatan Rakyat, mereka memberikan balak secara sesuka hati kepada orang lain. Walaupun kita cuma mendapat baki balak tetapi dengan menggunakan sistem tender terbuka kita mendapat hasil sebanyak RM40 juta tetapi Umno seluruh tahun hanya mendapat RM16 juta.

"Mereka sebenarnya cuba mengalihkan pandangan rakyat daripada skandal rasuah yang mereka lakukan dengan menggunakan polis, SPRM dan mereka juga menggunakan Sultan untuk melaga-lagakan institusi ini dengan Pakatan Rakyat," kata Ngeh kepada Suara Keadilan.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Beruas berkata isu samada Sultan Azlan Shah menganugerah atau menarik balik bintang kebesaran yang telah diberi adalah hak baginda dan tidak ada pihak yang boleh pertikaikan perkara tersebut.

Umno tambah Ngeh telah menghina Sultan Perak apabila memohon suoaya gekaran yang diberi ditarik balik kerana ini seolah-olah mempertikai hak Sultan untuk mengurniakan gelaran kepada rakyat.

"Tidak ada kena mengena dengan Sultan dan gelaran yang diberikan oleh Tuanku, ini hak sultan sama ada tuanku ingin tarik balik atau tidak dan ini menunjukkan Umno menghina Sultan kerana cara yang mereka lakukan sebenarnya cuba mengalih perhatian rakyat sahaja," ulas Ngeh terhadap tindakan Umno yang cuba mempergunakan institusi raja demi kelangsungan politik mereka.

Pergerakan Pemuda Umno Perak pada 1 April lepas menghantar memorandum kepada Sultan Azlan Shah supaya menarik balik gelaran dan pingat yang dianugerahkannya kepada Nizar dan Ngeh atas alasan kononnya mereka tidak menghormati institusi raja dan kemuliaan Dewan Undangan Negeri Perak.


Tiada ulasan: