Khamis, 29 April 2010

Tiada kes dalam pembelian kapal selam Malaysia


MALAYSIA KINI



Malaysia hari ini mendakwa tidak ada kes berhubung pembelian kapal selam Malaysia daripada Perancis yang bernilai lebih 1.1 bilion dolar. AFP yang memetik seorang jurucakap daripada Jabatan Perdana Menteri berkata “adalah hak mereka untuk menyiasat tetapi tidak ada kes.”

Semalam, Joseph Breham (kiri), seorang daripada anggota perundangan Perancis yang memfailkan aduan di mahkamah di Paris berhubung skandal pembelian kapal selam itu tiba di Kuala Lumpur. Misi Breham adalah untuk mencari maklumat lanjut bagi menyediakan kes berkenaan serta berjumpa dengan pertubuhan hak asasi manusia, Suaram, yang juga adalah anak guamnya dalam kes berkenaan. Pihak pembangkang menyambut baik siasatan itu yang disifatkan mereka cuma satu daripada banyak lagi kontrak pertahanan yang didakwa dicemari rasuah.

Perjanjian pembelian kapal selam itu dimeterai oleh menteri pertahanan ketika itu (2002), Datuk Seri Najib Razak yang kini adalah perdana menteri Malaysia. Pegawai perundangan Perancis juga mengesahkan kepada AFP bahawa mereka telah membuka kertas siasatan berhubung pembelian dua kapal selam Scorpence pada Mac lalu yang dibina yang dibina oleh Armaris, sebuah anak syarikat firma pertahanan gergasi Perancis, DCN (yang dulunya dikenali sebagai Direction des Constructions Navales).

Kes berkenaan dibuka semula atas permintaan pertubuhan hak asasi manusia, Suaram yang mendakwa DCN membayar komiyen 114 juta euro (150 juta dolars) kepada sebuah firma yang dikenali sebagai Perimekar. Perimekar dikaitkan dengan seorang sekutu rapat Najib, Abdul Razak Baginda yang sebelum ini dibebaskan atas dakwaan membunuh kekasihnya, Altantuya Shaariibuu, seorang penterjemah Mongolia pada tahun 2006 yang juga dibabitkan dengan kes itu.

Tiada ulasan: